Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Didakwa Boleh Pantau Apa Sahaja Yang Ditaip Dalam Pelayar Aplikasi

TikTok Didakwa Boleh Pantau Apa Sahaja Yang Ditaip Dalam Pelayar Aplikasi

Diterbitkan Ogos 19, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan Forbes, Tiktok didakwa telah memasukkan kod JavaScript yang membolehkan aplikasi itu mempunyai keupayaan untuk mengawal atau memantau aktiviti pengguna apabila menggunakan pelayar dalam aplikasi itu. Antaranya termasuk memantau apa sahaja yang ditaip pada halaman pelayar dalam aplikasi TikTok.

TikTok Didakwa Boleh Pantau Apa Sahaja Yang Ditaip Dalam Pelayar Aplikasi

Perkara berkenaan telah dikongsi oleh penyelidik keselamatan Felix Krause, di mana Krause mengatakan pelayar dalam aplikasi TikTok telah “melanggan” semua input papan kekunci semasa pengguna berinteraksi dengan pelayar tersebut, termasuk maklumat sensitif seperti kata laluan dan kad kredit, serta apa sahaja yang ditaip pada skrin.

Bagaimanapun, TikTok dengan tegas telah menafikan bahawa kod itu digunakan untuk menjejak aktiviti pengguna. TikTok turut mengesahkan ciri tersebut wujud dalam kod tersebut tetapi tidak menggunakannya.

Berkaitan

  • Apple Dan Google Digesa Tarik Keluar Aplikasi TikTok Dari Stor Mereka
  • TikTok Mengaku Sebilangan Pekerja Mereka Boleh Akses Data Pengguna AS
  • Cara Lihat Kembali Sejarah Tontonan Di TikTok

Wakil syarikat itu berkata, seperti platform lain, mereka menggunakan pelayar dalam aplikasi untuk menyediakan pengalaman pengguna yang optimum. Kod Javascript yang dipersoalkan itu hanya digunakan untuk penyahpijatan (debugging), troubleshooting, dan memantau prestasi seperti menyemak seberapa cepat sesuatu halaman dimuatkan atau apabila mempunyai masalah.

Turut dinyatakan, kod Javascript berkenaan adalah sebahagian daripada kit pembangunan perisian pihak ketiga, atau SDK, iaitu alat yang digunakan untuk membangunkan atau menyelenggara aplikasi.

Dalam pada itu, sebagai langkah berhati-hati Krause menyarankan pengguna supaya menyemak jika sesuatu aplikasi membenarkan pautan dibuka melalui default browser. Dalam analisis yang dijalankan, semua aplikasi memberi pilihan kepada pengguna untuk membuka pautan melalui pelayar yang dipilih dalam peranti, kecuali TikTok.

Sumber: KrauseFX, Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY