Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPN Akan Keluarkan Sijil Kelahiran Dengan Ciri Keselamatan Terkini Bermula Tahun Depan

JPN Akan Keluarkan Sijil Kelahiran Dengan Ciri Keselamatan Terkini Bermula Tahun Depan

Diterbitkan Oktober 18, 2022 oleh Amalina Athman

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini mengumumkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, akan dikeluarkan bermula tahun 2023.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, antara ciri keselamatan baharu itu termasuk dilengkapi watermark atau tera air pada sijil kelahiran bagi mengelakkan berlakunya kes pemalsuan dokumen.

Berkaitan

  • MyKad Hilang Atau Rosak? Ini Cara Tukar IC Secara 'Online'
  • Elak Kad Pengenalan Disalah Guna, JPN Saran Untuk Lakukan Ini

Antara lainnya termasuk reka bentuk dokumen, kertas yang digunakan serta jenis dakwat untuk cetakan keselamatan.

Dimaklumkan, pembaharuan itu adalah selaras dengan inisiatif JPN untuk menambah baik 38 dokumen keselamatan jabatan, bagi menjaga aspek ketulenan. Selain sijil kelahiran, antara dokumen lain yang turut ditambah baik dengan ciri keselamatan termasuk sijil daftar perkahwinan.

🔸@jpnhqofficial akan keluarkan sijil kelahiran versi baharu bermula tahun depan yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini#InfografikBernama pic.twitter.com/Y1bRh2JzW3

— BERNAMA (@bernamadotcom) October 17, 2022

Bagaimanapun, perlu diketahui sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar baharu.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY