Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Threads Bakal Dilengkapi Ciri Kawalan Ibu Bapa

Threads Bakal Dilengkapi Ciri Kawalan Ibu Bapa

Diterbitkan Julai 22, 2026 · Dikemas kini Julai 22, 2026 oleh Amalina Athman

Meta kini mengumumkan ciri penyeliaan ibu bapa (parental supervision) akan diperkenalkan di Threads sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan remaja yang menggunakan platform tersebut.

Bermula minggu depan di Amerika Syarikat, ibu bapa dan penjaga yang menggunakan Family Center boleh memantau serta mengurus penggunaan Threads oleh remaja, sama seperti ciri yang sudah tersedia pada aplikasi Meta yang lain.

Sebelum ini, Teen Accounts di Threads sudah dilengkapi ciri perlindungan terbina dan automatik seperti akaun peribadi serta had terhadap kandungan yang dipaparkan kepada remaja. Dengan penambahan ciri ini, ibu bapa kepada remaja berumur bawah 16 tahun juga boleh menentukan sama ada tetapan tersebut dibenarkan untuk dilonggarkan.

Threads Bakal Dilengkapi Ciri Kawalan Ibu Bapa
Threads Bakal Dilengkapi Ciri Kawalan Ibu Bapa

Melalui Family Center, ibu bapa boleh melihat tempoh masa yang dihabiskan oleh remaja di Threads setiap hari sepanjang seminggu lalu, termasuk purata penggunaan harian. Mereka juga boleh menetapkan had masa penggunaan harian serta menyekat akses pada hari atau waktu tertentu. Had ini akan dikira berdasarkan jumlah penggunaan Threads merentas semua peranti.

Selain itu, ibu bapa boleh mengaktifkan mod tidur (sleep mode) yang mengehadkan atau menyekat akses ke Threads pada waktu malam. Dalam mod ini, notifikasi akan disenyapkan manakala balasan automatik dihidupkan secara default dari pukul 10 malam hingga 7 pagi.

Meta turut membolehkan ibu bapa mengawal siapa yang boleh menandakan (tagging) remaja dalam siaran, selain mengurus dan meluluskan sebahagian tetapan privasi serta pilihan kandungan sensitif.

Menurut Meta, ciri baharu ini melengkapkan perlindungan sedia ada dalam Teen Accounts dan merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk memudahkan ibu bapa memantau pengalaman remaja merentas aplikasi Meta melalui Family Center.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Threads Kini Sokong Ciri DM Pada Versi Web
  • Pengguna Threads Di Malaysia Kini Boleh Tag Meta AI, Dapatkan Respons Terus
  • Muse Spark 1.1 Rasmi – AI Meta Kini Lebih Bijak Dalam Pengaturcaraan Dan Tugasan Automatik
  • Meta Tarik Balik Ciri 'Kontroversi' Meta AI Di Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY