Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Featured Image_1

Meta Tarik Balik Ciri ‘Kontroversi’ Meta AI Di Instagram

Diterbitkan Julai 13, 2026 · Dikemas kini Julai 13, 2026 oleh Amalina Athman

Susulan kritikan meluas daripada orang ramai, Meta kini telah menarik balik ciri Meta AI yang membolehkan pengguna menjana imej kecerdasan buatan (AI) berdasarkan kandungan daripada akaun Instagram awam (public) melalui fungsi @-mention.

Pada asalnya, ciri tersebut membolehkan mana-mana akaun Instagram awam dijadikan rujukan untuk menghasilkan imej AI tanpa memerlukan kebenaran pemilik akaun terlebih dahulu.

“Awal minggu ini (minggu lepas), kami mengumumkan bahawa salah satu cara untuk menjana imej menggunakan Meta AI adalah dengan menyebut atau @-mention akaun Instagram awam yang ingin dijadikan rujukan. Tujuan kami adalah untuk menyediakan alat kreatif yang berguna di samping memberi pengguna kawalan sama ada kandungan awam mereka boleh dijadikan rujukan dengan cara ini. Bagaimanapun, kami telah mendengar maklum balas bahawa ciri ini tidak memenuhi jangkaan. Oleh itu, ia kini tidak lagi tersedia,” kata Meta.

Sebelum dihentikan sepenuhnya, Meta menyediakan pilihan kepada pengguna untuk menarik diri (opt out) melalui tetapan. Namun, langkah itu dianggap tidak mencukupi, selain pengguna perlu mencari tetapan berkenaan secara manual bagi menghalang kandungan mereka daripada digunakan oleh ciri tersebut.

Kebimbangan terhadap ciri itu tertumpu kepada risiko penyalahgunaan teknologi AI, termasuk penggunaan imej atau kandungan awam seseorang tanpa persetujuan.

Dengan keputusan terbaharu ini, pengguna Instagram tidak lagi perlu mengubah tetapan privasi bagi ciri berkenaan kerana Meta telah menghentikannya sepenuhnya.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Meta Bangunkan Aplikasi Pocket, Platform Berkonsepkan 'Vibe Coding'
  • Matikan Segera Tetapan Instagram Ini, Meta AI Benarkan Sesiapa Saja Guna Wajah Anda
  • Muse Spark 1.1 Rasmi – AI Meta Kini Lebih Bijak Dalam Pengaturcaraan Dan Tugasan Automatik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY