Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DM web Threads_

Threads Kini Sokong Ciri DM Pada Versi Web

Diterbitkan Mei 6, 2026 oleh Amalina Athman

Threads kini mula membawa ciri mesej peribadi (DM) ke versi web, hampir setahun selepas ia diperkenalkan kepada semua pengguna di platform mudah alih.

Meta memaklumkan mereka kini sedang “menguji” DM di web, dan merancang untuk menjadikannya tersedia kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.

DM on web Threads_

Melalui versi web, pengguna boleh mengakses peti masuk dengan klik ikon ‘pesawat kertas’ di bahagian kiri skrin, yang memaparkan semua mesej termasuk permintaan mesej serta fungsi carian.

Seperti di aplikasi mudah alih, kawalan privasi turut dikekalkan di web. Pengguna boleh memilih sama ada hanya individu yang diikuti sahaja boleh menghantar mesej, atau membuka akses kepada semua.

Sekiranya menerima mesej yang tidak diingini, pengguna boleh terus menyekat, menghalang atau melaporkan akaun tersebut melalui menu dalam perbualan.

DM web Threads_

Menurut Threads, ciri DM di web ini akan diperluaskan secara berperingkat ke lebih banyak negara untuk pengguna berumur 18 tahun ke atas. Dalam masa yang sama, mereka juga sedang menguji ciri sembang berkumpulan di web serta kawalan tambahan bagi meningkatkan pengalaman penggunaan.

Berkaitan

  • Threads Kini Ada Ciri DM
  • Pengguna Threads Kini Boleh Pilih Komen Balas Pada Siaran
  • Pengguna Harian Threads Kini Mengatasi X Di Platform Mudah Alih
  • Threads Mula Paparkan Iklan Kepada Semua Pengguna Minggu Depan
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY