Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Threads new logo 2026

Pengguna Threads Di Malaysia Kini Boleh Tag Meta AI, Dapatkan Respons Terus

Diterbitkan Mei 13, 2026 · Dikemas kini Mei 13, 2026 oleh Amalina Athman

Threads kini sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna berinteraksi terus dengan Meta AI dalam aplikasi tersebut. Pengguna di Malaysia sudah pun boleh mencuba ciri ini untuk mendapatkan jawapan pantas tanpa perlu keluar daripada aplikasi.

Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu menandakan (tag) @meta.ai dalam mana-mana siaran atau balasan untuk mendapatkan jawapan secara automatik. Namun, ciri ini hanya tersedia untuk akaun yang ditetapkan sebagai umum (public).

Meta.AI Threads

Seperti dilaporkan TechCrunch, Meta menjelaskan ciri ini direka untuk membantu pengguna mendapatkan konteks, maklumat tambahan tentang topik yang sedang tular, berita semasa atau cadangan berkaitan sesuatu perkara dengan lebih mudah.

Buat masa ini, respons daripada Meta AI hanya dipaparkan dalam bentuk teks dan akan muncul sebagai balasan umum, bermakna sesiapa sahaja yang melihat siaran tersebut turut boleh membaca respons yang diberikan.

Selain Malaysia, ujian awal ini turut melibatkan Argentina, Mexico, Arab Saudi dan Singapura.

Ciri ini dilihat berfungsi hampir sama seperti Ask Grok di platform X, yang kerap digunakan untuk mendapatkan penjelasan atau maklumat tambahan dalam sesuatu perbualan. Bezanya, ciri Ask Grok di X kini hanya tersedia untuk pelanggan berbayar sahaja.

Berkaitan

  • Pengguna Threads Kini Boleh Pilih Komen Balas Pada Siaran
  • Pengguna Harian Threads Kini Mengatasi X Di Platform Mudah Alih
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Threads Kini Sokong Ciri DM Pada Versi Web

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY