Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Latihan Qualcomm Academy x TEC

TEC Lancar Pusat Latihan Qualcomm Academy Pertama Di Malaysia, Sasar Latih 20,000 Individu Dalam AI Dan 5G

Diterbitkan Jun 30, 2026 · Dikemas kini Jun 30, 2026 oleh Amalina Athman

Telecommunication Engineering College (TEC) menyasarkan untuk melahirkan 20,000 tenaga mahir dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan 5G susulan pelancaran Pusat Latihan Qualcomm Academy pertama di Malaysia.

Inisiatif yang dibangunkan bersama Qualcomm Technologies itu bertujuan memperkukuh pembangunan bakat digital negara selaras dengan aspirasi Negara AI menjelang 2030.

Pusat latihan yang terletak di kampus TEC, Puchong itu menawarkan latihan berasaskan industri serta laluan pensijilan yang sejajar dengan piawaian antarabangsa. Program tersebut disasarkan untuk pelajar, graduan, pendidik, profesional dan pengamal industri yang ingin meningkatkan kemahiran dalam teknologi digital.

Antara bidang yang menjadi tumpuan termasuk teknologi AI, 5G, IoT, robotik, Edge AI, edge computing dan transformasi digital. TEC turut mengintegrasikan beberapa modul Qualcomm Academy ke dalam kursus sedia ada, termasuk pembangunan model AI, penggunaan Qualcomm AI Hub serta latihan yang memberi pendedahan kepada aplikasi AI dalam situasi sebenar.

Menurut Pengarah TEC, Ir. Ts. Suresh Kumar Kandasamy, inisiatif ini bertujuan meningkatkan kemahiran golongan muda dan tenaga kerja sedia ada dalam AI dan 5G supaya teknologi tersebut dapat dimanfaatkan dengan lebih meluas dalam pelbagai industri.

Sebagai permulaan, TEC akan melaksanakan projek rintis bersama Universiti Malaya, Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi menjalankan program latihan AI dan 5G daripada Qualcomm. Kerjasama itu bertujuan meningkatkan kompetensi teknikal peserta serta membuka laluan ke arah kerjaya berkemahiran tinggi.

Sekiranya projek rintis itu berjaya, TEC merancang memperluaskannya ke seluruh negara dengan sasaran melatih 20,000 peserta. Jumlah itu merangkumi 16,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta 4,000 profesional dan pengamal industri.

Beberapa program latihan AI terpilih juga akan ditawarkan secara percuma kepada peserta yang layak.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Qualcomm Umum Gabungan Industri Global, Sasar Pelancaran 6G Menjelang 2029
  • Qualcomm Perkenal Snapdragon Reality Elite Untuk Peranti XR Generasi Baharu
  • Qualcomm Umum Portfolio Dragonfly Untuk Pusat Data AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY