Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Perkenal Snapdragon Reality Elite Untuk Peranti XR Generasi Baharu

Qualcomm Perkenal Snapdragon Reality Elite Untuk Peranti XR Generasi Baharu

Diterbitkan Jun 18, 2026 · Dikemas kini Jun 18, 2026 oleh Amalina Athman

Qualcomm kini memperkenalkan Snapdragon Reality Elite, cip baharu yang dibangunkan khusus untuk peranti realiti lanjutan (XR) generasi akan datang dengan penekanan terhadap pengkomputeran spatial dan kecerdasan buatan (AI) yang diproses sepenuhnya pada peranti.

Diumumkan pada acara Augmented World Expo, Snapdragon Reality Elite direka untuk menguasakan pelbagai jenis peranti termasuk set kepala video see-through (VST) berprestasi tinggi serta cermin mata optical see-through (OST) yang disambungkan kepada peranti lain.

Snapdragon Reality Elite menawarkan kuasa pemprosesan AI sehingga 48 TOPS serta menyokong model bahasa raya (LLM) dan large vision model (LVM) secara terus pada peranti. Keupayaan ini boleh digunakan untuk menghasilkan avatar fotorealistik, ejen AI berasaskan LLM serta penjanaan objek secara masa nyata menggunakan LVM

Selain itu, platform ini turut meningkatkan keupayaan penjejakan kepala dan tangan serta menyokong fungsi see-through yang membolehkan kandungan digital digabungkan dengan lebih lancar ke dalam persekitaran sebenar pengguna.

Qualcomm Perkenal Snapdragon Reality Elite Untuk Peranti XR Generasi Baharu

Berbanding Snapdragon XR2+ Gen 2, Snapdragon Reality Elite menawarkan peningkatan prestasi GPU sehingga 60%, CPU sehingga 30% dan NPU sehingga 160%. Ia menggunakan CPU Qualcomm Kryo dengan konfigurasi enam teras 4+2 sehingga 2.9GHz, GPU Adreno serta pemproses Qualcomm Hexagon untuk tugasan AI.

Cip ini turut menyokong paparan sehingga resolusi 4.4K bagi setiap mata pada kadar segar semula 90Hz. Qualcomm juga menambah baik sistem video see-through (VST) dengan mengurangkan kependaman (latency) serta meningkatkan kualiti imej.

Dari segi sambungan, ia dilengkapi sistem Qualcomm FastConnect 7800 yang menyokong Wi-Fi 7 dengan kelajuan puncak sehingga 5.8Gbps serta Bluetooth 6.0. Platform ini juga menyokong memori LPDDR5 sehingga 4.2GHz, storan UFS 4.0, SD Express 7.0, USB 3.1 dan PCIe.

Selain peningkatan prestasi, Qualcomm mendakwa Snapdragon Reality Elite mampu menawarkan hayat bateri sehingga 20% lebih lama bagi beban kerja yang sama. Suhu cip ketika digunakan pula boleh menjadi sehingga 12°C lebih rendah berbanding generasi terdahulu.

Ketersediaan

Snapdragon Reality Elite akan digunakan pada beberapa peranti Android XR akan datang, bermula dengan XREAL Project Aura yang dijadualkan dilancarkan pada musim luruh ini. Ia juga akan menguasakan peranti baharu daripada Play For Dream, dengan lebih banyak produk dijangka diperkenalkan pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Qualcomm Perkenal Snapdragon Wear Elite - Cip 3nm Dengan NPU Terbina Untuk Peranti Boleh Pakai
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Siri Snapdragon X2 Dilancar, Sokongan Aplikasi Lebih Luas, Bateri Tahan Sehingga 29 Jam
  • Snapdragon C Bakal Kuasakan Laptop Windows Dengan Harga Sekitar RM1,200

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY