Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
6G Hero Image

Qualcomm Umum Gabungan Industri Global, Sasar Pelancaran 6G Menjelang 2029

Diterbitkan Mac 2, 2026 · Dikemas kini Mac 2, 2026 oleh Amalina Athman

Qualcomm Technologies hari ini mengumumkan pembentukan gabungan strategik bersama pelbagai syarikat teknologi bagi mempercepat pembangunan dan penggunaan 6G di peringkat global.

Diumumkan di MWC Barcelona 2026, kerjasama ini menetapkan hala tuju yang jelasdengan sasaran penyediaan sistem 6G komersial bermula dari 2029.

Gabungan  ini turut melibatkan pelbagai pemain industri utama seperti Airtel, Amazon, Asus, Cisco, Dell, Ericsson, Google, HP, Meta, Microsoft, Motorola, Nokia, Sharp, Snap, YTL dan banyak lagi. Dengan kerjasama global sebegini, pembangunan 6G dijangka berjalan lancar dan selari di seluruh dunia.

Qualcomm Umum Gabungan Industri Global, Sasar Pelancaran 6G Menjelang 2029

Teknologi 6G direka sebagai sistem rangkaian berasaskan kecerdasan buatan (AI), dengan tiga teras utama iaitu kesalinghubungan, penderiaan berskala besar dan pengkomputeran berprestasi tinggi.

Antara keupayaan yang dijangka diperkenalkan termasuk radio pintar, rangkaian akses radio (RAN) maya dan awan yang lebih cekap tenaga, autonomi rangkaian berasaskan AI serta integrasi pusat data yang lebih menyeluruh.

Melalui pendekatan ini, 6G dijangka meningkatkan kecekapan serta prestasi dalam sektor telekomunikasi, peranti pengguna dan perusahaan yang lebih pintar serta membuka peluang kepada perkhidmatan baharu berasaskan AI.

Sementara itu, kerjasama ini memberi tumpuan kepada tiga komponen utama iaitu peranti, rangkaian dan infrastruktur awan. Syarikat terlibat akan bekerjasama dalam pembangunan piawaian 6G, pengesahan sistem awal, demonstrasi peranti dan rangkaian pra-komersial mengikut spesifikasi 6G menjelang 2028.

Usaha ini juga bertujuan menetapkan penanda aras industri bagi menilai tahap kesediaan teknologi tersebut sebelum pelaksanaan komersial.

Berkaitan

  • Qualcomm Umum Snapdragon X2 Plus - Dua Versi Teras, CPU 35% Lebih Pantas
  • 5 Teknologi Audio Qualcomm AptX Yang Perlu Anda Tahu
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Qualcomm Perkenal Snapdragon Wear Elite - Cip 3nm Dengan NPU Terbina Untuk Peranti Boleh Pakai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY