Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi SU7

SU7 Dijangka Akan Rugikan Xiaomi Untuk 2 Tahun Pertama, Tempahan EV Itu Kini Lebih 100,000 Unit

Diterbitkan April 5, 2024 · Dikemas kini April 5, 2024 oleh ariff bukhari

Pada 2 April, wartawan kewangan mendedahkan mengetahui secara eksklusif daripada orang yang tahu dengan perkara ini bahawa Xiaomi Automobile baru-baru ini telah meminta pembekal untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran EVnya, SU7  kepada 10,000 unit sebulan.

Saluran media China, MyDrivers, melaporkan bahawa Xiaomi kini hanya mampu mengeluarkan 300 unit EV itu setiap hari, yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Masa menunggu untuk pesanan baharu meningkat sehingga lapan bulan setakat hari ini.

Xiaomi dijadualkan akan menghantar sebanyak 60,000 EV itu pada 2024 tapi dijangka akan mengalami kerugian dalam dua tahun pertamanya menurut firma penyelidikan kewangan CreditSights.

Lei Jun dilaporkan mengakui bahawa mereka akan kerugian pada varian standard SU7 RWD yang dijual hanya pada harga RMB215,900 (~RM141,572) sahaja.

Media tempatan melaporkan bahawa kapasiti pengeluaran kilang Xiaomi di Beijing akan menjadikan 4,000 hingga 5,000 unit pada bulan April dan secara beransur-ansur meningkatkan pengeluaran sehingga 6,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Xiaomi telah mendedahkan kilang mega bagi pengeluaran EV SU7 mereka yang dikatakan mampu mengeluarkan seunit EV itu pada setiap 76 saat dengan menggunakan sebanyak 700 robot pada barisan produksinya apabila beroperasi sepenuhnya nanti.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Car News China, yicai, Medium

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY