Storan SSD Apacer Ini Hadir Dengan Kelajuan Membaca Hingga 13Gbps

Setelah bertahun-tahun storan SSD PCIe Gen4 menjadi arus perdana dalam pasaran dunia, SSD PCIe Gen5 akhirnya diumumkan. Apacer dan Zadak menjadi jenama terawal yang memperkenalkan storan daripada seni bina PCIe Gen5 ini.

Tambahan lagi, banyak syarikat pembuat storan telah bersedia untuk menghasilkan storan PCIe Gen5 untuk komuniti dunia. Selain itu, AMD baharu sahaja memgumumkan papan induk yang menyokong storan PCIe Gen5 dan ia masih belum memasuki pasaran global.

Apacer AS2280F5 dan Zadak TWSG5 storan yang didatangkan bersama heatsinks. Kedua-dua storan ini dikatakan menyokong sambungan sistem PCIe Gen4.



Tetapi itu akan menghalang pengguna daripada menggunakan kemampuan penuh storan ini pada kelajuan membaca sehingga 13Gbps dan kelajuan menulis sehingga 12Gbps. Hal ini demikian, sistem yang menyokong PCIe Gen5 diperlukan untuk kedua-dua storan ini.

Oleh itu, papan induk siri 600 (X670/B650) daripada AMD dan papan induk Intel dalam siri Z690 merupakan platform terbaik untuk storan ini. Berikut merupakan spesifikasi untuk kedua-dua storan Apacer dan Zadak:

Apacer AS2280F5 M.2 PCIe Gen5 x4 SSD




  • dilengkapi teknologi antara muka berkelajuan tinggi terbaru PCIe Gen5 x4.

  • dalam binaan NVMe 2.0.

  • prestasi read dan write hingga 13,000/12,000 Mbps.

  • menyokong sambungan PCIe Gen4 (tetapi prestasi 2 kali ganda dari prestasi standard storan PCIe Gen4).

  • mempunyai heatsink daripada logam yang berkualiti tinggi.

  • dibina sekali teknologi multi-perlindungan untuk kestabilan dan kelancaran bacaan dan penulisan data.

  • didatangkan 5 tahun jaminan (warranty) global.


Zadak TWSG5 M.2 PCIe Gen5 x4 SSD




  • menyokong teknologi antara muka berkelajuan tinggi terbaru PCIe Gen5 x4 seperti Apacer.

  • dalam binaan NVMe 2.0.

  • mempunyai prestasi tinggi dalam read dan write hingga 13,000/12,000 Mbps.

  • datang dengan 2 jenis heatsinks (graphene ultra-nipis/aluminium).

  • mempunyai 5 tahun jaminan (warranty) global.


Apacer dan Zadak menyatakan kedua-dua storan ini akan hadir dipasaran global pada suku terakhir tahun ini.

Walaupun begitu, saya tidak menasihatkan anda untuk menaiktaraf storan anda sebelum pelancaran AMD Ryzen 7000 Zen4 dan Intel 13 Gen Raptor Lake.

Sumber: wccftech

Gambar utama: wccftech

Baca juga: