Siri AMD Ryzen 7000 Berasaskan Zen4 Rasmi - Prestasi CPU Mencapai 5.5GHz

AMD telah mengumumkan siri baharu Ryzen 7000 berasaskan seni bina Zen4 dalam acara pembukaan Computex 2022 pada Isnin, 23 Mei. Dalam pembukaan tersebut, Dr Lisa Su memperlihatkan prestasi cip pemprosesan desktop tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=U5mCsC4NYLE

**anda boleh langkau terus ke minit 3:20 untuk melihat prestasi AMD Ryzen 7000 Zen4

Apa yang mengejutkan adalah cip siri Ryzen 7000 itu mampu memecah kelajuan sehingga '5GHz barrier' dengan beroperasi hingga angka 5,520.3 MHz.

Hal ini demikian, teknologi yang ada sekarang sukar untuk menyokong CPU desktop untuk beroperasi sekitar 5GHz tanpa bantuan ciri overclock.

Walau bagaimanapun, AMD tidak mendedahkan kadar bingkai per saat (FPS) yang dapat dicapai ketika cip pemprosesan siri AMD Ryzen 7000 itu menjalankan permainan video Ghostwire: Tokyo.

Oleh itu, biarpun itu merupakan pencapaian yang baik dari cip siri Ryzen 7000, kita tidak tahu akan perkakas (hardware) komputer yang digunakan AMD ketika mereka melakukan sesi percubaan game tersebut.



Tambahan lagi, siri Ryzen 7000 juga beroperasi pada kelajuan sekitar 5GHz untuk semua terasnya. AMD juga mengesahkan seni bina Zen4 akan menyokong penambahan prestasi melebihi 5GHz dan peningkatan sebanyak 15% bagi bebenang tunggal (single thread) berbanding generasi terdahulu.



CPU yang berasaskan generasi baharu AM5 mampu beroperasi dalam lingkungan kuasa antara 65W hingga 170W. Di samping itu, siri AMD Ryzen 7000 memerlukan papan induk baharu yang berasaskan siri 600 dan kemungkinan akan dilancarkan pada bulan September ini.

Sumber: videocardz

Baca juga: