Papan Induk AM4 Tetap Akan Disokong Biarpun AM5 Telah Diumumkan

AMD melalui acara pembukaan Computex 2022 semalam telah memperkenalkan platform AM5 yang ditunggu-tunggu selama ini. Platform AM5 direka khas untuk cip pemprosesan baharu 5nm Ryzen 7000 Zen4.

Selain itu, AM5 menawarkan pelbagai ciri khas baharu untuk sistem komputer desktop seperti sokongan PCIe 5.0, memori RAM DDR5, khas untuk cip 5nm AMD Ryzen 7000 dan sokongan boost clock 5GHz.



Hal ini demikian, platform atau soket AM4 telah banyak berjasa kepada 5 seni bina (architecture), 4 nod pemprosesan, lebih 125 cip pemprosesan dan 500 papan induk yang ada dipasaran.

Walaupun begitu, Dr. Lisa Su memberi berita gembira yang AMD akan terus menyokong platform AM4 untuk tahun-tahun mendatang. Hal ini kerana AMD masih melancarkan komputer riba yang menggunakan cip pemprosesan berasaskan seni bina Zen2 pada tahun ini.



Tetapi AMD tidak mendedahkan berapa lama sokongan platform AM4 itu akan bertahan. Mungkinkah lagi dua atau tiga tahun lagi. Apa yang pasti adalah platform AM5 merupakan barisan paling berkuasa yang ditawarkan AMD kepada pasaran.



Platform AM5 (papan induk siri 600) sahaja yang menawarkan sokongan teknologi RAM DDR5, PCIe 5.0 untuk storan dan kad grafik, malahan direka khas untuk seni bina Zen4 dalam siri Ryzen 7000.

Sumber: videocardz