Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Gen-13 Raptor Lake, Mungkin Jadi CPU Terpantas Intel

Intel Gen-13 Raptor Lake, Mungkin Jadi CPU Terpantas Intel

Diterbitkan April 21, 2022 · Dikemas kini April 21, 2022 oleh Firdaus

Cip pemprosesan generasi seterusnya daripada Intel akan menggunakan nama kod ‘Raptor Lake’ untuk generasi ke 13 ini. Hal ini demikian, terdapat kebocoran akan perincian CPU yang diuji dalam perisian Userbenchmark.

Intel Raptor Lake

Berdasarkan gambar perincian tersebut, ia menunjukkan pengujian tersebut berjalan di atas sistem berasaskan LPDDR5. Selain itu, Intel ‘Raptor Lake-P’ dalam gambar tersebut merupakan nama kod untuk CPU komputer riba generasi seterusnya.

Intel Raptor Lake

Di samping itu, data yang terkumpul oleh perisian tersebut mengesahkan Raptor Lake-P itu mempunyai 14 teras dan 20 bebenang. Seterusnya, CPU ini mempunyai base clock 2.5 GHz dan turbo clock 4.2 GHz. Ingin saya tekankan bahawa turbo speed selaju itu sudah setanding dengan Intel Core i9-12900HK.

Intel Raptor Lake

Buat masa ini, kita hanya mempunyai maklumat perincian akan cpu komputer riba Raptor Lake-P sahaja. Tetapi saya menjangkakan cpu untuk platform dekstop akan mempunyai bilangan teras 2 kali ganda untuk teras efisien.

Akhir kata, terdapat juga ura-ura mengatakan cpu Intel Core i9-13900K  daripada generasi ke 13 Raptor Lake berkemampuan untuk beroperasi pada kelajuan CPU 5.8 GHz. Sekiranya perkara ini benar, Intel nampaknya akan menawarkan produk baharu yang lebih berdaya-saing di pasaran nanti.

Sumber: Videocardz, PCgamer

Baca juga:

  • Intel Lancarkan Tiga Barisan GPU Pertama Dalam Siri Arc-A
  • RX 6950 XT Mungkin Akan Jadi GPU ‘Mainstream’ Paling Mahal
  • 10 Peranti Android Yang Dilapor Mengeluarkan Radiasi Paling Tinggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY