AMD Mendocino adalah cip yang menggunakan teknologi 6nm dari TSMC dan berasaskan seni bina Zen2 yang baharu, Tambahan lagi, ia menggunakan teknologi seni bina grafik RDNA 2 daripada AMD.
RDNA 2 adalah teknologi sama yang digunakan dalam pemprosesan grafik pada PlayStation 5 dan Xbox Series X. Oleh itu, kita boleh jangkakan AMD Mendocino ini berkuasa dan berpotensi.
Selain itu, AMD Mendocino terdiri daripada 4 teras dan lapan bebenang, jadi ia jelas bahawa cip ini bukan dibina untuk sistem yang berprestasi tinggi.
Walau bagaimanapun, cip ini direka untuk memberi prestasi kuasa yang lebih efisien dalam penggunaannya. AMD melaporkan komputer riba ini mampu mendapat sekitar 10 jam hayat bateri dalam pelbagai mod penggunaan.
Biarpun prestasinya mungkin tidak sama dengan hayat bateri pada MacBook yang menggunakan cip M1, tetapi ia adalah satu angka yang mengagumkan untuk komputer riba yang sudah berada di pasaran.
Komputer riba ini akan dijual pada tanda harga USD399 (sekitar RM1,750) hingga USD699 (sekitar RM3,070) berdasarkan anggaran daripada AMD.
Sumber: The Verge
Baca juga:
Berkaitan
- (Ulasan) AMD Radeon RX 7900 XT - Prestasi 4K Yang 'Solid' Daripada 'Team' Merah
- AMD Akhirnya Umum Papan Induk Generasi Baharu - X670E, X670 Dan B650
- AMD Dijangka Menawarkan Kotak Baharu Untuk Siri Ryzen 7000
- Mungkin Lebih Mahal Dari ROG Ally, Lenovo Legion Go Didakwa Hadir 1 September
- Selain Yoga, Lenovo Turut Perkenal 4 Model Baharu Untuk Siri Legion
- Siri AMD Ryzen 7000 Dijual Pada Tanda Harga Bermula RM1399 Di Malaysia
- Siri AMD Ryzen 7000 Mungkin Hadir September Ini
- ASUS Vivobook 16X, Dikuasakan Siri AMD Ryzen 5000 Pada Harga RM2,999
- CES 2023 - AMD Umum CPU Baru Dalam Siri Zen4 X3D, 3 Model Diperkenalkan
- AMD Melancarkan 3 Kad Grafik Baharu Bagi Siri Radeon RX 6000