Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LESEN MEMANDU cdl

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru, Tapi Bukan Untuk Semua

Diterbitkan Mei 21, 2025 · Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memperkenalkan rekaan terkini Lesen Memandu Malaysia (LMM), yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Menurut JPJ, kad fizikal LMM versi terbaru ini direka khusus untuk mencegah sebarang pengubahsuaian dan pemalsuan kad, selain mempunyai daya tahan penggunaan untuk tempoh maksimum 10 tahun.

Dari segi rekaannya pula, bahagian hadapan lesen menampilkan latar Bangunan Sultan Abdul Samad dan motif abstrak gelombang, manakala bahagian belakang memaparkan Istana Negara dan motif abstrak flora.

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru, Tapi Bukan Untuk Semua

Walau bagaimanapun, penting untuk diketahui bahawa cetakan fizikal kad LMM versi terkini hanya terpakai untuk pemohon kategori warganegara yang akan ke luar negara dan bukan warganegara sahaja.

Pada masa ini, pengeluaran kad LMM versi terkini untuk kategori yang dibenarkan telah pun tersedia secara berperingkat di cawangan JPJ tertentu, bagi memastikan proses peralihan dari versi sebelumnya ke versi baharu berjalan lancar.

Berkaitan

  • Anda Kini Boleh Bayar Saman Melalui Aplikasi MyJPJ, Ini Caranya
  • Anggota JPJ Bakal Guna Kamera Badan - Menteri Pengangkutan
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Ini Cara Mohon Tukar Lesen 'P' Kepada CDL Melalui Aplikasi MyJPJ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY