Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memperkenalkan ciri baharu, iaitu Permohonan Pertukaran Lesen Memandu Percubaan (PDL) Kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) melalui aplikasi MyJPJ.
Menurut JPJ, ciri baharu ini boleh diakses oleh pemegang PDL yang layak untuk membuat pertukaran kepada CDL bermula hari ini, 17 Februari 2025.
Dengan ciri ini, ia memudahkan orang ramai membuat permohonan CDL secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa – tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.
Cara mohon pertukaran PDL ke CDL melalui aplikasi MyJPJ
Pemegang lesen PDL boleh melakukan permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ, dengan mengikut langkah seperti berikut:
- Muat turun atau kemas kini aplikasi MyJPJ ke versi terkini – Google Play, App Store, Huawei AppGallery
- Log masuk ke akaun MyJPJ.
- Pada tab “Utama”, pilih “Permohonan CDL” di bawah menu “Pelesenan Pemandu”.
- Pilih “Tempoh Pembaharuan”.
- Pilih “Mod Bayaran” dan bayar fi permohonan secara dalam talian.
- Permohonan akan diproses dan pengguna akan menerima notifikasi status permohonan.
Selesai.
{suggest}
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan