Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

Posted on Januari 6, 2026Januari 6, 2026

Bila fokus asyik hilang semasa bekerja di hadapan skrin, ramai terus menyalahkan diri sendiri. Hakikatnya, gangguan visual seperti glare dan pantulan cahaya memainkan peranan besar dalam menjejaskan tumpuan.

Skrin yang terlalu berkilat memaksa mata sentiasa menyesuaikan diri, menjadikan otak lebih cepat letih. Dalam jangka panjang, ini menjejaskan kelancaran kerja dan kualiti hasil.

Sebab itu, perhatian kini semakin beralih kepada teknologi paparan yang lebih mesra mata dan stabil untuk kegunaan jangka panjang. Bukan sekadar cantik, tetapi selesa dan konsisten untuk membaca, menulis, dan bekerja setiap hari.

Pendekatan inilah yang dibawa oleh HUAWEI MatePad 12 X 2026, selari dengan penerimaan positif siri HUAWEI MatePad 12 X 2026 di pasaran global sebagai tablet produktiviti arus perdana.

Skrin Kurang Silau, Mata Lebih Selesa

Pengalaman utama HUAWEI MatePad 12 X 2026 bermula dengan 12-inch Ultra-Clear PaperMatte Display. Paparan ini menggunakan teknologi nanoscale etching berketepatan tinggi yang mengurangkan kesan berkilau halus pada skrin sehingga 50 peratus, menghasilkan visual yang lebih smooth dan jelas.

Struktur nano tekstur pula membantu mengurangkan gangguan cahaya persekitaran sehingga 99 peratus, menjadikannya lebih selesa digunakan walaupun di bawah lampu terang atau berhampiran tingkap.

Ciri anti-glare, anti-reflection, anti-fatigue, dan anti-fingerprint memastikan keselesaan mata untuk penggunaan lama. Ia turut menerima pensijilan TÜV Rheinland dan SGS bagi perlindungan mata.

Dari segi spesifikasi, skrin ini menyokong kecerahan 1000 nits, kadar segar semula 144Hz, resolusi 2800×1840, gamut warna P3, dan HDR Vivid. Ini ialah jenis skrin yang sesuai untuk kerja serius tanpa rasa cepat penat.

Perisian WPS Office setaraf PC

Untuk produktiviti sebenar, HUAWEI MatePad 12 X 2026 dilengkapi PC-Level WPS Office 3.0. Ia menyokong copy dan paste carta PowerPoint, Word, dan Excel yang masih boleh diedit dengan data asal.

Antara fungsi penting lain termasuk UI dan UX bertaraf PC dengan sokongan pelbagai bahasa, document insertion seperti link dan attachment, LaTeX insertion, pivot table optimization, automatic file compression, serta advanced math functions untuk Excel.

Digabungkan dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI Wireless Mouse, ia membentuk setup kerja yang lengkap dan praktikal.

HUAWEI M-Pencil Pro Baharu Yang Lebih Canggih

HUAWEI M-Pencil Pro direka untuk melancarkan flow kerja melalui akses yang lebih pantas. Star Ring Button membolehkan shortcut ditetapkan mengikut keperluan, manakala Pinch Gesture memaparkan radial menu untuk tukar tool dengan cepat. 

Tiga tip yang boleh ditukar menyokong pelbagai gaya penggunaan seperti menulis, melakar, dan mewarna. Dengan 16,384 pressure levels serta tactile feedback yang lebih paper-like, pengalaman menulis dan melakar terasa lebih natural dan responsif.

Aplikasi Nota Harian Dan Kreatif

HUAWEI Notes hadir dengan akses percuma dan menawarkan pelbagai ciri praktikal seperti Rakaman Nota untuk memainkan semula sesi penulisan, Lasso Perubahan Warna, Carian Tulisan Tangan, fungsi Import dan Eksport, serta Peningkatan Tulisan Tangan Berasaskan AI untuk bahasa Inggeris dan Cina.

Pusat Sumber pula menyediakan lebih daripada 130+pilihan kulit nota, 60+ jenis kertas dan 400+ pelekat, termasuk tema tempatan.

Untuk aspek kreativiti, GoPaint turut disertakan tanpa langganan, dengan lebih 100 berus warna sebenar, tekstur kanvas yang realistik, serta Kad Warna Pintar yang mencadangkan palet warna berdasarkan imej atau pemandangan yang dirakam.

Nipis, Ringan, dan Tahan Seharian

Dengan ketebalan hanya 5.9mm dan berat tablet serta aksesori sekitar 863g, HUAWEI MatePad 12 X 2026 mudah dibawa ke mana-mana.

Bateri 10,100 mAh menyokong sehingga 14 jam main balik video, manakala 66W SuperCharge membolehkan pengecasan penuh dalam kira-kira 85 minit.

Harga

HUAWEI MatePad 12 X 2026 bermula dari RM2,499 dan hadir dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dalam kotak. 

Untuk pratempah, pengguna turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,047 termasuk HUAWEI M-Pencil Pro bernilai RM599, HUAWEI Mouse, dan PC-Level WPS OFFICE 3.0.

Untuk pembelian, anda boleh klik pautan di bawah:

  • Huawei Store: https://tinyurl.com/mwxzwbnr
  • Shopee: https://tinyurl.com/46fjans6
  • Lazada: https://tinyurl.com/4bu4azzw
  • TikTok: https://tinyurl.com/mr38rcxr

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress