Sehingga 8 Disember 2022, Ini Kawasan Terjejas Rangkaian Akibat Penyelenggaraan Celcom

Celcom memaklumkan daripada 29 November hingga sepanjang minggu pertama Disember 2022, mereka akan menjalankan penyelenggaraan rangkaian di beberapa kawasan melibatkan seluruh negara.

Semasa penyelenggaraan berlaku, pengguna mungkin akan mengalami gangguan rangkaian hingga menjejaskan akses mereka terhadap internet dan panggilan.

Untuk kawasan yang baru terkesan akibat banjir, kawasan yang mengalami penyenggaraan ialah Salak South, Kuala Lumpur.

Berikut ialah jadual penyelengggaraan Celcom:

30 November - 3 Disember 2022 (10AM)


Pahang – Muadzam Bandar Tun Razak, Bentong, Rompin

2 - 3 Disember 2022 (10AM)


Pahang – Mentakab, Raub

2 - 5 Disember 2022 (9AM)


Kelantan – Machang, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok

Terengganu – Besut, Permaisuri, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Padang Midin

3 - 4 Disember 2022 (10AM)


Pahang – Muadzam Bandar Tun Razak, Bentong, Rompin

3 - 5 Disember 2022 (9:00AM hingga 11:55PM)


Sabah – Tuaran, Papar, Kota Kinabalu Metro, Kota Kinabalu Kingfisher, Kunak, Keningau, Kudat, Semporna

{suggest}

4-7 Disember 2022 (9AM)


Pahang – Beserah, Sungai Karang

Terengganu – Permaisuri, Marang

Kelantan – Pangkalan Chepa, Chiku, Tanah Merah, Bachok

5 Disember 2022 (12:05AM hingga 4:00AM)


Selangor – Sabak Bernam, Sekinchan

Pahang – Panching, Bukit Goh, Beserah, Sungai Karang, Tanjung Lumpur, Pantai Sepat, Kuantan Metro, Jaya Gading, Gambang

Kelantan – Kubang Kerian, Tumpat, Ketereh, Tanah Merah, Kota Bharu, Pangkalan Chepa, Pasir Puteh, Pasir Mas, Bachok, Machang, Rantau Panjang, Kuala Krai, Galas, Jeli, Chiku

Terengganu – Kerteh, Kijal, Chukai, Cheneh, Jabor, Dungun, Marang, Paka, Hulu Terengganu, Setiu, Merang, Al-Muktafi Billah Shah, Ketengah, Besut, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Padang Midin, Chendering, Batu Buruk, Kuala Terengganu Metro, Permaisuri, Jerangau, Bukit Bading

Sabah – Papar, Putatan, Keningau, WP Labuan, Sipitang, Sook, Kuala Penyu, Kota Kinabalu Metro, Tuaran, Kota Kinabalu Tanjung Aru Kepayan, Kota Kinabalu Kingfisher, Penampang, Tawau Apas, Kota Kinabalu Telipok, Kota Kinabalu Damai, Beaufort, Kota Kinabalu Inanam, Kunak, Tawau Town, Tawau Merotai Kalabakan, Semporna, Kota Marudu, Kota Belud, Pitas, Kudat, Beluran

Sarawak – Sibu, Meradong, Bintangor, Bintulu Town, Mukah, Betong, Tatau, Saratok, Daro, Sarikei, Miri E-Mart, Limbang, Batu Niah, Lawas, Marudi, Miri Town, Samarahan, Kuching, Serian, Asajaya, Lundu, Simunjan, Sri Aman, Lubok Antu, Bintulu Medan, Pakan, Kanowit, Selangau, Bau, Kapit

5 Disember 2022 (12:30AM hingga 12:35AM)


Kawasan-kawasan lain di seluruh negara.

5 Disember 2022 (3:00AM hingga 3:05AM)


Kawasan-kawasan lain di seluruh negara.

8 Disember 2022 (12:00AM hingga 6:00AM)


Tidak dinyatakan secara terperinci namun melibatkan kawasan seluruh negara.

Jadual di atas ialah antara yang dikongsi setakat sehingga 8 Disember 2022.

Jika mengalami isu rangkaian di luar waktu penyelenggaraan, Celcom meminta anda untuk matikan dan hidupkan semula mod kapal terbang.

Celcom dan Digi sudah bergabung. Apa maksudnya?


Buat masa ini, tiada perubahan ketara untuk sisi pelanggan.

Klik SINI untuk baca artikel penuh jika anda pelanggan Celcom atau Digi.

Sumber: Celcom