Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom vowifi iphone

Celcom Kini Sokong Panggilan Melalui WiFi Pada iPhone, Ini Cara Aktifkannya

Diterbitkan Julai 22, 2022 · Dikemas kini Julai 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pengguna Celcom yang menggunakan iPhone kini boleh menikmati VoWiFi atau Wi-Fi Calling yang merujuk pada panggilan melalui rangkaian Wi-Fi. Ciri ini boleh dinikmati sekiranya anda menggunakan iPhone 6s ke atas dan telah mengemas kini ke iOS 15.6.

Wi-Fi Calling atau VoWiFi ini membantu jika anda berada dalam liputan selular seperti 4G yang teruk atau langsung tiada kerana panggilan SMS akan dihubungkan melalui Wi-Fi.

Misalnya, isyarat 4G pada telefon anda hanya 1 bar dan kadang-kadang hilang. Pada masa sama, telefon disambungkan ke Wi-Fi. Maka, anda boleh membuat panggilan dengan lancar kerana ia menggunakan rangkaian Wi-Fi tersebut, bukan talian 4G.

Untuk mengaktifkannya, masuk ke Settings > Mobile Data> Data Plans > Wi-Fi Calling > Hidupkannya.

Jika anda tidak jumpa, cuba Settings > Phone > Wi-Fi Calling > Hidupkan ‘Wi-Fi Calling on This iPhone’.

Di versi Beta iOS 16, anda boleh masuk ke Settings > Mobila Data > SIMs > Pilih kad sim Celcom anda > Wi-Fi Calling > Hidupkan ‘Wi-Fi Calling on This iPhone’.

Celcom adalah antara syarikat telekomunikasi lewat melaksanakan ciri ini kerana Digi, U Mobile sudah pun beberapa tahun menyediakannya. Maxis juga baru saja menyokong panggilan melalui Wi-Fi pada tahun lalu.

Sumber: Celcom, Lowyat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY