Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cimb logoo

Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian

Diterbitkan September 23, 2022 · Dikemas kini Oktober 2, 2022 oleh Amalina Athman

Mungkin ada di antara anda yang mahu memperbaharui kad debit CIMB yang bakal atau sudah tamat tempoh. Namun, tidak sempat mengunjungi cawangan CIMB berikutan faktor atau kekangan tertentu.

Berkaitan

  • Ini Cara Semak Jika Ada Akses Telefon Lain Pada Akaun CIMB Clicks
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

Tak perlu risau kerana terdapat pilihan untuk memperbaharui kad debit CIMB secara dalam talian dengan hanya beberapa langkah mudah.

Namun perlu diketahui, pembaharuan kad debit CIMB melalui dalam talian hanya boleh dilakukan bagi kad debit yang telah tamat tempoh atau bakal tamat dalam masa tiga bulan. CIMB juga menyatakan tiada bayaran yang dikenakan untuk pembaharuan kad debit.

Bagi yang belum tahu, berikut disediakan beberapa langkah mudah yang perlu dilakukan:

1. Pertama, layari laman web www.cimb.com.my/renewal. Kemudian, tekan pada “Click here to renew now”.

Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian

2. Isi 6 digit terakhir nombor kad pengenalan dan 4 digit terakhir nombor kad debit dan tekan “Proceed”.

3. Dapatkan nombor OTP yang dihantar melalui nombor telefon yang telah didaftarkan, dan masukkan OTP untuk pengesahan. Klik “Confirm” untuk ke langkah seterusnya.

Tukar kad cimb online

4. Pilih proses pembaharuan kad debit sama ada melalui penghantaran atau kunjungan ke cawangan CIMB. Bagi tips ini, penulis memilih pilihan pertama untuk penghantaran tanpa perlu ke cawangan terdekat.

5. Sahkan alamat untuk penghantaran kad debit, kemudian tekan pada “Proceed” dan “Yes” untuk pengesahan.

Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian

Selesai. Kad debit yang telah diperbaharui akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja ke alamat yang telah diisi.

Kemaskini, 2/10/2022:

Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian

Kad debit yang berjaya dihantar ke alamat penghantaran belum lagi diaktifkan. Untuk mengaktifkannya, kunjungi mana-mana ATM CIMB dan kemudian ikuti dua langkah berikut:

  1. Masukkan kad debit baharu anda ke dalam ATM CIMB.
  2. Masukkan PIN ATM 6-digit sedia ada.

Sebaik sahaja kad debit baharu diaktifkan, kad debit sedia ada tidak lagi sah dan hendaklah dimusnahkan segera dengan memotongnya kepada separuh merentasi jalur magnet dan mikrocip yang ditanam di dalam kad. Bagi tujuan keselamatan juga, pengguna diminta untuk tandatangan di belakang kad debit baharu.

Itu sahaja tips kali ini. Semoga bermanfaat. Tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan mahupun cadangan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY