Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Celcom Digi Selesai Gabung, Jadi ‘Telco’ Terbesar Malaysia

Celcom Digi Selesai Gabung, Jadi ‘Telco’ Terbesar Malaysia

Diterbitkan November 30, 2022 · Dikemas kini Disember 1, 2022 oleh Firdaus

Penggabungan antara syarikat telko Celcom dan Digi akhirnya telah pun sempurna dan dimeteraikan sebelum penghabisan November ini.

Kenyataan bersama itu dibuat oleh Axiata Group Bhd, Digi.com dan syarikat induk Telenor Asia Pte Ltd. Usai pergabungan tersebut, setiap syarikat memiliki nilai saham 33.1% yang sama ke atas telko baharu yang bernama Celcom Digi ini.

Perbincangan Antara Telenor Dan Axiata Bakal Memperlihatkan Gabungan Operasi Antara Digi Dan Celcom

Hasil Gabungan Celcom Dan Digi.

Berdasarkan statistik kedua-duanya pada 2021, telko Celcom Digi bakal mempunyai jumlah keseluruhan pengguna sekitar 20 juta orang rakyat Malaysia.

Selain itu, Celcom Digi dikatakan komited dengan sasaran pendapatan sekitar RM8 bilion seusai penggabungan antara kedua-dua syarikat tersebut.

Berkaitan

  • James Gunn - Saya Nak 'Games' Dan Filem Dalam Satu 'Universe' Yang Sama
  • Bakal Jadi Antara Yang Tertinggi Di Dunia, Malaysia Dilaporkan Rancang Bina Sebuah Lagi Pencakar Langit Baharu
  • Isu Kabel RTX 4090 Cair, NVIDIA Kata Pengguna Yang Salah Pasang
  • Berdasarkan Kajian, Ini 10 Syarikat Paling 'Rakus' Dalam Merosakkan Iklim Dunia
  • Video Berbaur Provokasi Didakwa Kandungan Berbayar, MCMC Dan PDRM Panggil TikTok Beri Penjelasan

Di samping itu, Celcom Digi mempunyai potensi untuk memangkin kepada pertumbuhan digital, teknologi, dan telekomunikasi di Malaysia kelak.

Celcom Digi Selesai Gabung, Jadi ‘Telco’ Terbesar Malaysia
Nilai Saham Axiata (30 November)
Celcom Digi Selesai Gabung, Jadi ‘Telco’ Terbesar Malaysia
Nilai Saham Digi (30 November)

Untuk maklumat pembaca, kedua-dua saham Axiata dan Digi.com tutup pada nilai yang memberangsangkan pada Rabu, 30 November ini – membawa kepada nilai RM29.83 bilion (Axiata) dan RM31.1 bilion (Digi.com).

Berita perihal Celcom bergabung dengan Digi ini hadir pada awal April tahun lepas. Dan selepas hampir 1 tahun 6 bulan, Malaysia akan mempunyai sebuah syarikat telko terbesar untuk kita semua.

Sumber: The Edge Markets

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY