Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Celcom 5G Bermula Esok, Akses Percuma Kepada Pengguna Bagi Semua Pelan Ini

Posted on Oktober 31, 2022Oktober 31, 2022

Baru-baru ini, Celcom telah menandatangani persetujuan untuk akses 5G bersama Digital Nasional Berhad (DNB). Oleh itu, mana-mana pengguna yang sudah melanggan pelan pascabayar dan prabayar bakal menerima akses ini secara percuma.

Antara pelan-pelan yang bakal menerima akses berkenaan:

Pascabayar

  • Celcom MEGA™ Lightning 80
  • Celcom MEGA™ Lightning 98
  • Celcom MEGA™ Lightning 128
  • Celcom MEGA™ Lightning 158
  • Celcom MEGA™ Lightning 188
  • Celcom Xpax Postpaid 40
  • Celcom Xpax Postpaid 60

Prabayar

  • Celcom Xpax Prepaid 35 (30GB internet pantas)
  • Celcom Xpax Prepaid 45 (40GB internet pantas)

Akses percuma ini bakal diterima bermula 1 November 2022 sehingga 31 disember 2022.

Buat masa ini, rangkaian 5G masih lagi tidak diliputi secara sepenuhnya. Hanya 33.2% populasi dan tersedia di kawasan Lembah Klang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, dan Kelantan.

DNB mensasarkan terdapat peningkatan sehingga 37.9% populasi pada hujung tahun ini dan 80% populasi pada penghujung tahun 2024.

Antara senarai-senarai siri peranti yang mempunyai keserasian pelan ini:

  • Honor
  • Huawei
  • Nokia
  • Oppo
  • Realme
  • Vivo
  • Xiaomi
  • ZTE
  • Samsung
  • Blackshark
  • Asus
  • OnePlus

Walaupun bagaimanapun, pengguna iPhone masih lagi tidak boleh menggunakan akses ini lagi dari Celcom.

Sumber: Celcom

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress