Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
INFOgraphic 3

Celcom Lancar Mix & Match Persis Yoodo Serendah RM32/Bulan Internet Tanpa Had

Diterbitkan Julai 19, 2022 · Dikemas kini Julai 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Celcom telah mengeluarkan pelan baharu iaitu Mix & Match yang fleksibel seakan-akan apa yang ditawarkan Yoodo.

Seperti ramai maklum, SKMM telah meletakkan syarat Celcom perlu menjual Yoodo jika ingin terus bergabung dengan Digi.

Mix & Match ini mula ditawarkan hari ini melalui aplikasi Celcom Life dan kedai Celcom dalam talian.

Tetapi, nampaknya ia tidak sebebas atau fleksibel seperti Yoodo.

Contohnya, untuk internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps, anda perlu bayar sebanyak RM32 namun FUP hadir bersamanya ialah 60GB.

Yoodo pula tidak ada FUP dan setiap pilihan sama ada kuota, hotspot termasuk add-ons ditawarkan lebih fleksibel.

celcom mix match

Anda boleh lihat Primary Plan yang ditawarkan seperti di bawah. Pelan paling murah ialah RM8 di mana tempoh aktifnya selama 5 hari dengan kuota internet sebanyak 4GB.

Pilihan tempoh aktif pula hanya 5 hari dan 30 hari.

celcom mix match addon

Keseluruhannya, ada 4 bahagian anda perlu pilih untuk sebelum muktamadkan pelan anda. Ia adalah Primary, Essentials, Add-Ons dan Premium.

Yang wajib dipilih hanyalah Primary.

Premium pula hanyalah langganan iQiYi dan Viu dengan harga RM5 sebulan.

Ia mungkin agak rumit pada awalnya memandangkan ia tidak sefleksibel Yoodo. Dengan ini, nyatalah Celcom telah bersedia melepaskan Yoodo.

Anda boleh ke laman web Celcom untuk syarat dan terma lanjut.

Sumber: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY