Celcom dan Digi secara rasmi sudah bergabung dan kini dikenali sebagai CelcomDigi.
Axiata dan Telenor masing-masing memiliki pegangan sebanyak 33.1%, menjumlahkan 66.2%.
Selebihnya, saham syarikat ini turut dimiliki oleh KWSP, PNB dan KWAP.
Dengan gabungan 2 syarikat telekomunikasi ini, maka ia kini syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.
Tapi, untuk pelanggan pula, apa maksud dan kesannya?
Dalam waktu terdekat, tidak apa apa-apa perubahan namun pastinya ada dalam jangka masa panjang.
Teruskan tatal ke bawah.
{snap}
1. Kenapa Celcom dan Digi bergabung?
Menurut CelcomDigi, mereka bergabung untuk mengukuhkan lagi syarikat.
Oleh itu, hasil penyatuan ini menggabungkan rangkaian, saluran agihan, produk, perkhidmatan, rakan kerjasama dan tenaga kerja dalam menyediakan servis pada pelanggan.
{snap}
2. Apa jadi dengan jenama Celcom dan Digi?
Kedua-dua jenama iaitu Celcom dan Digi akan terus beroperasi. Namun, anda akan dapat lihat logo baharu, CelcomDigi dengan penampilan kedua-dua jenama ini.
{snap}
3. Apa yang pelanggan Celcom dan Digi perlu buat sekarang?
Anda langsung tak perlu buat apa-apa.
Buat masa ini, segala tawaran, pelan, kedai, rangkaian akan dapat terus dinikmati pelanggan seperti biasa daripada syarikat masing-masing.
Senang cerita, anda nikmati saja apa yang ada sementara mereka merumuskan tawaran baharu pada masa akan datang.
{snap}
4. Apa akan jadi dengan rangkaian Celcom dan Digi?
Untuk masa ini, pengguna akan nikmati perkhidmatan yang sama seperti sebelum ini.
Namun pada masa akan datang, CelcomDigi mengatakan mereka akan melakukan penaiktarafan infrastruktur yang akan memberikan pengalaman rangkaian yang lebih baik.
Ini mungkin bermakna Celcom dan Digi akan menggunakan infrastruktur yang sama untuk menawarkan liputan mereka seluruh Malaysia.
Celcom amat terkenal dengan keluasan liputannya. Ia akan menjadi berita baik untuk pengguna Digi jika mereka berkongsi infrastruktur.
{snap}
5. Apa yang pelanggan Celcom dan Digi boleh jangka?
Anda boleh jangka perubahan daripada segi penawaran perkhidmatan dan rangkaian, namun bukan dalam masa terdekat.
CelcomDigi akan mula menggabungkan sumber masing-masing kelak.
Justeru, pelanggan akan dapati perubahan dan mempunyai lebih banyak pilihan produk serta perkhidmatan tapi secara berperingkat.
Secara peribadi, saya percaya perubahan tawaran akan mula diperlihatkan mulai tahun depan. Untuk tempoh sebulan dua ini, tidak ada apa-apa yang terlalu ketara akan diperkenal sama ada pelan prabayar atau pascabayar baharu.
{snap}
6. Saya pelanggan Digi. Apakah saya akan dapat guna rangkaian Celcom sekarang?
Untuk masa sekarang, tidak. Anda masih akan menggunakan rangkaian sama.
{snap}
7. Saya pelanggan Celcom. Apakah saya akan dapat guna rangkaian Digi sekarang?
Untuk masa sekarang, tidak. Anda masih akan menggunakan rangkaian sama.
{snap}
8. Apakah penyatuan Celcom-Digi ini beri kesan pada kadar pelan saya sekarang?
Tidak. Tapi untuk jangka masa panjang, anda akan alami perubahan dari segi penawaran produk dan perkhidmatan di seluruh negara.
{snap}
9. Apa jadi pula dengan kedai-kedai Celcom dan Digi?
Buat masa ini, masing-masing akan terus beroperasi seperti sebelum ini. Pelanggan Celcom ke Blue Cube, pelanggan Digi ke Digi Store.
Oleh itu, janganlah anda ke kedai Celcom untuk urusan akaun Digi, atau sebaliknya.
DigiCelcom tidak memberitahu apakah kedai-kedai ini juga akan disatukan ataupun bila, memandangkan mereka berkata Celcom dan Digi akan terus beroperasi seperti biasa.
{snap}
10. Apakah saya masih boleh buat transaksi?
Ya, anda masih boleh melakukan transaksi seperti sebelum ini di kedai Celcom dan Digi. Selain itu, boleh juga dilakukan secara dalam talian melalui Celcom Life dan MyDigi.
{snap}
11. Apa jadi dengan pelanggan perniagaan?
Untuk pelanggan Celcom Business dan Digi Business, anda boleh hubungi Business Account Managers dan rakan kerjasama (Value-Added Partners) untuk bantuan.