Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Flex-Titanium-scaled

Samsung Perkenal Flex Titanium, Teknologi Paparan Baharu Untuk Galaxy Boleh Lipat Akan Datang

Diterbitkan Julai 15, 2026 ยท Dikemas kini Julai 15, 2026 oleh Amalina Athman

Samsung kini memperkenalkan teknologi paparan baharu, Flex Titanium, untuk peranti Galaxy boleh lipat akan datang.

Menurut Samsung, Flex Titanium dibangunkan berdasarkan pengalaman syarikat selama tujuh generasi menghasilkan peranti Galaxy boleh lipat. Teknologi ini dibangunkan untuk meningkatkan ketahanan paparan, mengurangkan keterlihatan kesan lipatan (crease) serta memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Teknologi Flex Titanium mengintegrasikan dua komponen berasaskan titanium iaitu filem aloi titanium dan plat titanium yang direka untuk menyeimbangkan kekuatan, fleksibiliti serta reka bentuk peranti yang nipis.

Dalam pembangunan telefon lipat, pengeluar perlu mencari keseimbangan antara ketahanan struktur dan keupayaan paparan untuk dilipat berulang kali. Samsung berkata penggunaan titanium membantu memenuhi keperluan tersebut kerana bahan itu terkenal dengan kekuatan serta ketahanannya.

Melalui teknologi Flex Titanium, filem aloi titanium digunakan untuk menyokong panel OLED dari bahagian bawah, manakala plat titanium membantu memberikan sokongan tambahan kepada keseluruhan modul paparan.

Samsung Flex-Titanium-scaled

Samsung turut menggunakan teknologi pemprosesan lubang mikro pada bahagian lipatan plat titanium bagi memastikan struktur itu kekal fleksibel tanpa menjejaskan ketahanan. Reka bentuk baharu ini membolehkan paparan mendapat sokongan lebih stabil ketika dibuka, sambil mengekalkan keupayaan untuk dilipat berkali-kali.

Selain peningkatan dari segi struktur, Samsung turut mengintegrasikan seni bina paparan resolusi tinggi bersama bahan organik generasi baharu bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga.

Samsung berkata pembangunan Flex Titanium dibuat berdasarkan maklum balas pengguna terhadap peranti Galaxy boleh lipat sebelum ini, terutama permintaan terhadap skrin lebih besar, kesan lipatan yang kurang kelihatan serta ketahanan yang lebih baik.

Teknologi Flex Titanium akan diperkenalkan bersama peranti Galaxy boleh lipat generasi seterusnya. Samsung dijangka berkongsi lebih banyak butiran mengenainya pada acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung minggu depan.

Berkaitan

  • Samsung Dilapor Jadi Pembekal Skrin Eksklusif Untuk iPhone 'Fold'
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Samsung Rampas Takhta Pasaran Telefon Pintar Global, iPhone Pula Terus Kukuh
  • Samsung Lancar Storan SSD 990 Baharu, Harga Dari RM1,069 Hingga RM2,111

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY