Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Fold_FPT leak

Samsung Dilapor Jadi Pembekal Skrin Eksklusif Untuk iPhone ‘Fold’

Diterbitkan Jun 23, 2026 · Dikemas kini Jun 23, 2026 oleh Aminuddin Ahmad

Samsung dilaporkan telah mendapat kelulusan daripada Apple untuk memulakan pengeluaran komersial modul paparan OLED boleh lipat bagi iPhone lipat pertama mereka.

iPhone Fold FPT leak_2

Menurut laporan daripada The Elec, kelulusan ini diberikan selepas Samsung berjaya melepasi ujian kelayakan pengeluaran modul (module production approval) yang sangat ketat.

Apple menetapkan syarat di mana pembekal perlu mencapai kadar hasil (yield rate) minimum 70%, namun Samsung berjaya capai melepasi 80% di fasiliti mereka di Vietnam.

Pembekal ekslusif selama 3 tahun

Kerjasama antara dua syarikat ini juga bukan setakat itu sahaja malah laporan daripada Korea Selatan mendakwa Apple dan Samsung telah memeterai perjanjian yang menjadikan Samsung sebagai pembekal eksklusif bagi siri iPhone boleh lipat ini selama 3 tahun.

iPhone Fold_FPT leak

Samsung akan menyediakan sebanyak 3 juta unit skrin bagi tahun 2026 seperti yang ditempah Apple.

Di samping itu, paparan OLED ini dipercayai akan menampilkan teknologi terkini Samsung yang menggunakan bahan baharu yang dikenali sebagai M16.

iPhone Fold FPT leak_8

Ia akan digunakan untuk peranti kelas andalan yang lain kerana menawarkan kecerahan, prestasi warna, jangka hayat dan penggunaan tenaga yang lebih baik.

Bila iPhone lipat akan keluar?

Ia dijangka akan diperkenalkan seawal September 2026 dalam acara tahunan Apple yang melancarkan siri iPhone baharu, atau selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun ini.

Apple menggunakan teknologi cetakan 3D (3D-printing) untuk menghasilkan engsel tersebut, tetapi ujian awal mendapati komponen itu mengeluarkan bunyi yang tidak diingini selepas dipasang. Jika masalah engsel ini gagal diselesaikan dalam masa terdekat, tidak mustahil pelancarannya akan dilewatkan.

iPhone Fold FPT leak_5

Pun begitu, laporan terbaru mengatakan bahawa iPhone boleh lipat ini akan dapat diperkenal sebaris dengan isi siri iPhone 18 dalam acara tahunan September ini.

Bagaimanapun, tarikh pelancaran ini masih bergantung kepada kesediaan peranti itu sendiri kerana Apple dilaporkan sedang bergelut dengan isu engsel (hinge).

Selain itu, ada juga khabar angin mengatakan ia akan dinamakan sebagai “iPhone Ultra”, namun saya tidak yakin Apple akan menggunakan nama tersebut.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • iPhone Boleh Lipat Dilapor Berdepan Isu Teknikal, Mungkin Ditunda Lagi
  • Selepas iPhone, Foxconn Akan Bina Kilang EV Gergasi Pula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY