Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Picture 2_Samsung Introduces New 990 SSD with Powerful Performance and Improved Power Efficiency

Samsung Lancar Storan SSD 990 Baharu, Harga Dari RM1,069 Hingga RM2,111

Diterbitkan Julai 15, 2026 · Dikemas kini Julai 15, 2026 oleh ariff bukhari

Samsung memperkenalkan 990 SSD, pemacu storan generasi baharu yang menawarkan prestasi tinggi dengan kecekapan tenaga yang lebih baik.

Direka untuk memenuhi keperluan pemain dan pencipta kandungan, model ini hadir dengan kapasiti 1 TB sehingga 2TB, mampu menyimpan sehingga 30 permainan AAA bersaiz besar.

Berbanding model terdahulu 990 PRO, kecekapan tenaga 990 SSD baharu ini meningkat sehingga 38%, membolehkan pengguna menikmati kelajuan tinggi tanpa mengorbankan penggunaan kuasa.

Dilengkapi dengan Samsung Magician Software, pengguna turut boleh memantau kesihatan pemacu, memindahkan data dengan mudah, serta menyesuaikan prestasi mengikut keperluan.

Picture 1_Samsung Introduces New 990 SSD with Powerful Performance and Improved Power Efficiency
Samsung 990 SSD pilihan ideal untuk mengurus fail dan aplikasi berat.

Untuk model Samsung 990 SSD 2TB, ia memberikan kelajuan baca berjujukan sehingga 7,250 megabait sesaat (MB/s), manakala model 1TB mencapai sehingga 7,150 MB/s.

Untuk prestasi rawak pula, model 2TB memberikan sehingga 850K bacaan dan 1,200K tulis IOPS, manakala model 1TB masing-masing mencapai kelajuan baca dan tulis sehingga 700K dan 1,100K IOPS.

Keupayaan ini akan membantu pengguna melancarkan aplikasi dengan lebih pantas, permainan responsif dan pengendalian beban kerja berskala besar yang cekap.

Di Malaysia, Samsung 990 SSD akan ditawarkan pada lewat Juali ini dalam dua pilihan,  1TB dan 2TB dengan  masing-masing berharga RM1,069.00 dan RM2,111.00 dengan jaminan selama 3 tahun.

Beli barisan storan Samsung dari stor:

  • Shopee – https://invl.me/clnn6wc
  • Lazada – https://invl.me/clnn6wf

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Samsung Perkenal Storan UFS 5.0, Kelajuan Pemindahan Data Sehingga 10.8GB/s
  • Ini Perbandingan Kos Pembuatan iPhone 17 Pro Max vs iPhone 18 Pro Max
  • Samsung Rampas Takhta Pasaran Telefon Pintar Global, iPhone Pula Terus Kukuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY