Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
S26 ultra

Samsung Rampas Takhta Pasaran Telefon Pintar Global, iPhone Pula Terus Kukuh

Diterbitkan Julai 15, 2026 oleh ariff bukhari

Walaupun pasaran telefon pintar global mencatatkan penurunan mendadak pada suku kedua 2026, dengan penghantaran merosot sebanyak 11% berbanding tahun sebelumnya yang berpunca daripada krisis memori DRAM dan NAND, Samsung kembali merampas takhta telefon pintar global dengan pegangan pasaran sebanyak 24%.

Menurut Counterpoint, kejayaan Samsung ini didorong oleh prestasi jualan yang positif menerusi model Galaxy S26 Ultra dan promosi agresif yang dijalankan mereka.

Malah Apple juga mencatatkan pertumbuhan 3% YoY, mencapai rekod 20% pegangan pasaran dengan siri iPhone 17 tanpa menaikkan harga.

Sebaliknya, Xiaomi, OPPO dan vivo didapati mengalami penurunan ketara kerana bergantung pada segmen bajet.

Xiaomi masih mengekalkan 12% pegangan dengan sedikit kejayaan dalam segmen premium, OPPO 11%, manakala vivo jatuh ke 8%.

Samsung Rampas Takhta Pasaran Telefon Pintar Global, iPhone Pula Terus Kukuh

Menariknya, Google dan Huawei menunjukkan pertumbuhan positif. Google meningkat 16% YoY dengan Pixel 10/10a, manakala Huawei naik 6% YoY melalui Mate 80, Nova 15 dan Enjoy 90.

Pengeluar cip kini memberi keutamaan kepada pusat data AI berbanding elektronik pengguna, menyebabkan kos meningkat dan menjadikan telefon pintar kelas pertengahan serta bajet sukar ditawarkan pada harga mampu milik.

Selain itu, ketegangan geopolitik meningkatkan kos minyak dan penghantaran, manakala inflasi global serta sentimen pengguna yang lemah menambah tekanan terhadap permintaan.

Counterpoint menjangkakan prospek sepanjang 2026 ini akan terus kekal mencabar bagi pengeluar.

Tanpa pemulihan bekalan memori, pasaran dijangka terus merosot hingga 2027.

Justeru, pengeluar akan menumpukan strategi baharu seperti lebih memfokuskan pada operanti premium, peranti terpakai/refurbished, serta mengukuhkan ekosistem untuk mengekalkan kesetiaan pengguna terhadap jenama mereka.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Siri Huawei Pura 90s Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,699
  • Ini Perbandingan Kos Pembuatan iPhone 17 Pro Max vs iPhone 18 Pro Max

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY