Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile_

Sah Keluar DNB, U Mobile Beri Jaminan Perkhidmatan 5G Sedia Ada Tidak Akan Terjejas

Diterbitkan Mei 14, 2025 ยท Dikemas kini Mei 15, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile memberi jaminan kepada pelanggan bahawa perkhidmatan 5G sedia ada tidak akan terjejas, walaupun selepas syarikat itu keluar dari Perjanjian Pemegang Saham (SHA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB).

Menurut kenyataan syarikat, U Mobile akan terus mengekalkan Perjanjian Akses Borong 5G dengan DNB, yang membolehkannya terus menawarkan perkhidmatan 5G sambil membangunkan rangkaian 5G miliknya sendiri.

Selain itu, U Mobile turut mengesahkan keputusan untuk menjual keseluruhan 100,000 sahamnya dalam DNB dengan jumlah RM100,000.

Berdasarkan laporan terdahulu, CelcomDigi, YTL (Yes 5G) dan Maxis masing-masing akan memperoleh 33,333 saham, manakala Kementerian Kewangan (MoF Inc.) akan mengambil satu saham. Pengambilalihan ini dijangka akan dimuktamadkan pada 30 Mei 2025.

Berkaitan

  • MNO Hanya Boleh Berada Dalam Satu Entiti Bagi Rangkaian 5G Kedua - Teo
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • U Mobile Dapat 'Lampu Hijau' MCMC, Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • Huawei Akan Fokuskan Infrastruktur 5G Ke-2 Di Semenanjung, ZTE Di Sabah Dan Sarawak - U Mobile
  • U Mobile Lepaskan Pegangan Dalam DNB - Diambil Alih CelcomDigi, Maxis, YTL, MOF Inc

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY