Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile_

U Mobile Dapat ‘Lampu Hijau’ MCMC, Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu

Diterbitkan Mac 29, 2025 ยท Dikemas kini Mac 29, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile telah menerima surat tawaran rasmi (Letter of Award) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melaksanakan rangkaian 5G kedua generasi baharu di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, U Mobile berkata pihaknya bersedia memulakan pelancaran rangkaian 5G generasi baharu itu.

Syarikat telekomunikasi itu turut memuji visi kerajaan dalam melaksanakan dwirangkaian 5G, yang akan meningkatkan kelestarian industri sambil menggalakkan persaingan dan inovasi, memastikan Malaysia kekal di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi.

Dengan mandat ini, U Mobile berharap dapat memainkan peranan yang lebih kritikal dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital, dengan menyampaikan pengalaman yang unggul melalui rangkaian 5G generasi baharu. Kami komited untuk menyokong transformasi digital negara dengan memacu penggunaan 5G, selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi negara digital berpendapatan tinggi.

Berpengalaman lebih 17 tahun dalam industri, U Mobile yakin dapat membangunkan rangkaian 5G generasi baharu yang berteknologi tinggi, sekali gus memastikan pengalaman 5G dan 5G-Advanced yang terbaik untuk pengguna di Malaysia.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • CIMB Biayai U Mobile Untuk Pelancaran Rangkaian 5G Kedua Negara
  • U Mobile Dijangka Lancar Rangkaian 5G Kedua Dalam 15 Hingga 18 Bulan Lagi - Vincent Tan
  • U Mobile Kini Tawar Akses 5G SA - Semak Pelan & Peranti Yang Disokong
  • U Mobile Dan Qualcomm Bekerjasama Percepat Transformasi Digital IoT Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY