Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

Huawei Akan Fokuskan Infrastruktur 5G Ke-2 Di Semenanjung, ZTE Di Sabah Dan Sarawak – U Mobile

Diterbitkan April 15, 2025 · Dikemas kini April 15, 2025 oleh ariff bukhari

U Mobile hari ini menandatangani MoU bersama Huawei Malaysia dan ZTE Malaysia, sebagai usaha untuk memacu pantas pembangunan infrastruktur teknologi 5G ke-2 Malaysia.

Majlis itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Teknologi dan Maklumat Republik China, Li Lecheng.

Dalam ucapan oleh Pengerusi U Mobile, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan berkata, U Mobile menyambut baik sokongan kerajaan Madani dalam pembangunan 5G yang bertujuan meningkatkan inovasi, produktiviti dan kecekapan negara ke arah status negara maju dan berkomunikasi digital.

U Mobile Vincent Tan

Sebagai sebahagian daripada pelancaran rangkaian 5G generasi baharu, U Mobile menyatakan bahawa mereka memerlukan rakan teknologi yang kukuh dan dipercayai.

Oleh sebab itulah, syarikat itu menjalinkan MoU dengan Huawei dan ZTE, yang mana beliau tegaskan bahawa 2 syarikat itu sebagai antara penyedia teknologi 5G terbaik di dunia.

Pengerusi U Mobile menyatakan, Huawei akan memfokuskan pembangunan infrastruktur 5G di Semenanjung Malaysia.

Manakala ZTE pula akan membangunkan infrastruktur 5G di Sabah dan Sarawak.

U Mobile
WhatsApp Image 2025-04-15 at 14.25.29 (1)

Seperti semua sedia maklum, U Mobile telah pun menerima surat tawaran rasmi (Letter of Award) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melaksanakan rangkaian 5G kedua generasi baharu di Malaysia.

Vincent Tan pada awal tahun ini berkata, U Mobile merancang untuk melancarkan rangkaian 5G kedua Malaysia.dalam tempoh 15-18 bulan akan datang.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • U Mobile Dijangka Lancar Rangkaian 5G Kedua Dalam 15 Hingga 18 Bulan Lagi - Vincent Tan
  • U Mobile Kini Tawar Akses 5G SA - Semak Pelan & Peranti Yang Disokong

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY