Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile_featured

U Mobile Lepaskan Pegangan Dalam DNB – Diambil Alih CelcomDigi, Maxis, YTL, MOF Inc

Diterbitkan Mei 14, 2025 ยท Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh Amalina Athman

Dengan pelantikan U Mobile Sdn Bhd untuk membangunkan rangkaian 5G kedua di negara ini, pegangan syarikat itu dalam Digital Nasional Bhd (DNB) akan diambil alih oleh CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, YTL Power International Bhd dan Kementerian Kewangan (MoF Inc.).

Berdasarkan pemfailan oleh CelcomDigi dan Maxis kepada Bursa Malaysia, U Mobile bersetuju untuk melupuskan keseluruhan 100,000 sahamnya dalam penyedia rangkaian borong 5G itu.

Pengambilalihan ini akan dimuktamadkan pada 30 Mei 2025, dengan nilai RM1.00 bagi setiap saham, menjadikan jumlah keseluruhan pengambilalihan sebanyak RM100,000.

YTL, CelcomDigi dan Maxis masing-masing akan mengambil alih sebanyak 33,333 saham, manakala MoF akan memperoleh sebanyak 1 saham milik U Mobile dalam DNB.

DNB 2025 share_

Setelah pengambilalihan dimuktamadkan, pegangan pemilikan saham MoF Inc. akan meningkat kepada 41.67%. Sementara YTL, CelcomDigi dan Maxis masing-masing akan memegang 19.44% pemilikan saham dalam DNB, berbanding 16.28% sebelum ini.

Berkaitan

  • Rangkaian 5G Kedua Akan Dilaksana Oleh U Mobile - MCMC
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • DNB Laksana Penstrukturan Semula Seiring Peralihan Ke Model Dwirangkaian 5G
  • U Mobile Dapat 'Lampu Hijau' MCMC, Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY