Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G malaysia__

MNO Hanya Boleh Berada Dalam Satu Entiti Bagi Rangkaian 5G Kedua – Teo

Diterbitkan Julai 3, 2024 · Dikemas kini Julai 3, 2024 oleh Amalina Athman

Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) hanya boleh memegang ekuiti dalam satu entiti bagi rangkaian 5G kedua di Malaysia.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula - Menteri
  • Perjanjian Langganan Saham DNB Dengan Empat MNO Selesai
  • Pemilihan MNO Untuk Rangkaian 5G Kedua Dijangka Selesai Akhir Tahun Ini
  • Liputan 5G Di Kawasan Berpenduduk Di Malaysia Kini Capai 81.7% - Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata langkah itu untuk menjamin persaingan yang sihat antara kedua-dua entiti dalam membangunkan infrastruktur rangkaian 5G di Malaysia, selain dapat menyediakan perkhidmatan 5G yang berkualiti.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani oleh MNO dan Digital Nasional Bhd (DNB), mereka telah bersetuju bahawa MNO hanya boleh berada dalam satu entiti, sama ada entiti A atau entiti B dalam model dwirangkaian 5G.

Selepas tempoh proses Pakej Maklumat Pemohon (AIP) tamat, sesiapa yang memenangi tender tersebut akan memimpin entiti B. Sementara yang tidak dipilih akan kekal berada di entiti A.

dnb dwirangkaian 5g

Bermakna, MNO yang berada dalam entiti B kelak perlu menjual saham dalam DNB supaya menjadi dua entiti yang berbeza.

Sebelum ini, empat MNO telah melengkapkan perjanjian langganan saham (SSA) dengan DNB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah diarahkan untuk memulakan proses menentu dan melantik MNO yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia, termasuklah mengeluarkan AIP pada 1 Julai 2024.

Sumber: BERNAMA 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY