Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rangkaian 5G kedua U Mobile

Rangkaian 5G Kedua Akan Dilaksana Oleh U Mobile – MCMC

Diterbitkan November 1, 2024 ยท Dikemas kini November 1, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mengumumkan bahawa Rangkaian 5G Kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, pihak U Mobile Sdn Bhd, tertakluk kepada kelulusan MCMC, adalah dibenarkan untuk bekerjasama dengan Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) lain bagi memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.

Dari segi pemilihan, MCMC menjelaskan proses ini melibatkan perbincangan mendalam yang merangkumi aspek teknikal dan komersial, bagi memastikan setiap faktor dapat dipertimbangkan agar pelaksanaan rangkaian 5G kedua berjalan lancar dan memberi impak positif kepada semua.

Dalam pada itu, MCMC berkata pihaknya juga akan terus memantau kemajuan pelaksanaan rangkaian 5G kedua ini bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluan peraturan seperti yang termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Berkaitan

  • U Mobile Yakin Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua
  • MNO Hanya Boleh Berada Dalam Satu Entiti Bagi Rangkaian 5G Kedua - Teo
  • Telco Janji Tiada Kos Tambahan Kepada Pengguna Bagi Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY