Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 11 pro siri

realme Dilapor Akan Jadi Subjenama Di Bawah OPPO

Diterbitkan Januari 8, 2026 oleh Amalina Athman

Pengeluar telefon pintar dari China, realme, akan diintegrasikan dan kembali menjadi subjenama di bawah syarikat OPPO.

Menurut laman web China, Leifeng.com, maklumat ini diperoleh daripada sumber dalaman OPPO, yang juga menyatakan pengasas dan CEO realme, Sky Li, akan mengekalkan tanggungjawab dan mengetuai subjenama realme di bawah pengurusan OPPO.

Difahamkan, langkah ini bertujuan untuk menggabungkan sumber dan mengurangkan kos bagi kedua-dua syarikat yang dimiliki oleh syarikat induk yang sama.

Di bawah pengurusan baharu, OPPO akan menjadi jenama utama, manakala OnePlus dan realme akan beroperasi sebagai subjenama dengan strategi pemasaran masing-masing.

Sebagai rujukan, realme bermula sebagai subjenama OPPO pada Mei 2018 sebelum menukar statusnya menjadi jenama bebas. Sementara itu, BBK Electronics, yang sebelum ini memiliki OPPO, vivo, OnePlus, iQOO dan realme, kini tidak lagi berfungsi sebagai entiti korporat tunggal selepas penstrukturan semula pada 2023.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • OPPO Mantapkan Servis Selepas Jualan Menerusi Siri Find X9
  • Siri realme C85 Tiba Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM749
  • Siri OPPO Reno15 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY