Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV_1 (2)

Siri realme C85 Tiba Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM749

Diterbitkan Disember 22, 2025 · Dikemas kini Disember 23, 2025 oleh ainabatrisyia

realme C85 5G tiba di Malaysia dengan 7000mAh Titan Battery yang mampu memberikan penggunaan berat sehingga 2 hari berserta baki 50% selepas seharian penuh navigasi, panggilan, muzik dan video.

Tampil dengan teknologi ketahanan terbaru realme iaitu IP69 Pro. Teknologi ini merangkumi ketahanan dari aspek IP69K untuk air bertekanan tinggi dan suhu tinggi, IP69 untuk semburan kuat, IP68 untuk rendaman air dan IP66 untuk hujan dan percikan. Ia menerima pengiktirafan GUINNESS WORLD RECORDS untuk Ujian Ketahanan Air Telefon Bimbit Secara Serentak dengan Paling Ramai Peserta.

Ciri AI yang ditampilkan bersama mampu melengkapkan lagi pengalaman pengguna. AI Outdoor Mode meningkatkan isyarat sehingga 200%, menjadikan video 60% lebih lancar di kawasan terpencil, menaikkan kelantangan panggilan sehingga 200% dalam persekitaran bising, serta mengekalkan 90% kelancaran prestasi walaupun pada suhu 35°C.

AI Edit Genie pula membolehkan suntingan gambar berdasarkan suara dan teks, manakala AI editor menawarkan Eraser, Ultra Clarity, dan Unblur untuk hasil yang lebih memuaskan. Alat seperti AI Smart Loop, Circle to Search, dan Google Gemini membantu pengguna untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap.

Model 5G dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 6300 dengan skor AnTuTu sehingga 569000. Hadir dengan 24GB RAM dan Mod GT untuk gaming. Model 4G pula dikuasakan oleh Snapdragon 685 untuk prestasi yang stabil di kawasan bukan 5G.

Menggunakan realme UI 6.0 berasaskan Android 15 dengan Fluid Glass Design dan ciri Shake to Launch untuk akses pantas. Skrin 6.8 inci dengan LCD HD+ menawarkan 144Hz kadar segar semula, kecerahan 1200 nits dan sokongan sentuhan basah. Tidak dilupakan juga 50MP kamera Sony IMX852 dengan AI Livephoto untuk depan dan belakang.

Telefon ini hadir dengan beberapa pilihan warna:

  • 5G – Parrot Purple dan Peacock Green
  • 4G – Parrot Purple, Kingfisher Blue dan Swan Black

Sempena pelancaran ini, semua pelanggan boleh dapatkan realme C85 model 5G dan 4G pada harga promosi istimewa seperti berikut:

  • realme C85 5G (8GB+256GB) dengan harga asal RM1099, harga selepas promosi RM799 dengan rebat segera sehingga RM300 di realme Brand Stores atau pengedar rasmi realme.
  • realme C85 4G (8GB+256GB) pada harga RM749.

Anda juga berpeluang memenangi hadiah eksklusif seperti 1 tahun waranti lanjutan dan perlindungan penggantian kerosakan cecair untuk 36 jenis cecair.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • realme C85 5G Direka Dengan Ketahanan Diiktiraf Guinness World Records
  • Siri realme C85 Bakal Dilancar Dengan Teknologi Kalis Air IP69 Pro, Bateri 7000mAh
  • realme C85 5G Kini Boleh Didapatkan Melalui Pelan Pascabayar Hotlink & U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY