Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri OPPO Reno15 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1499

Posted on Januari 6, 2026Januari 7, 2026

OPPO hari ini mengumumkan pelancaran siri Reno15, merangkumi Reno15 Pro 5G, Reno15 5G dan Reno15 F 5G.

Reno15 Pro 5G

Reno15 Pro 5G dilengkapi skrin 6.32-inci AMOLED FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan maksimum kecerahan 1,800 nit. Panelnya turut dilindungi Corning Gorilla Glass 7i.

Model ini dijana cip pemproses MediaTek Dimensity 8450, bersama gandingan 12GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman 512GB UFS 3.1.

Dari segi kemampuan fotografi, Reno15 Pro dimuatkan 200MP kamera utama, 50MP ultra lebar dan 50MP telefoto. Bahagian hadapan pula menempatkan 50MP kamera swafoto ultra lebar.

Bagi menghidupkan peranti, ia dibekalkan bateri 6,200mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC.

Dua pilihan warna tersedia iaitu Dusk Brown dan Aurora Blue. Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 5.4, Wi-Fi 6, NFC serta menjalankan ColorOS 16.0.

Reno15 5G

Reno15 5G hadir dengan skrin 6.59-inci AMOLED FHD+ yang turut menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,200 nit.

Ia dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4 dengan konfigurasi memori 12GB LPDDR5X dan sehingga 512GB storan berasaskan UFS 3.1.

Bagi tetapan kamera, Reno15 dilengkapi 50MP utama, 8MP ultra lebar dan 50MP telefoto, serta 50MP kamera swafoto.

Pada bahagian dalam pula dimuatkan bateri berkapasiti 6,500mAh dengan sokongan pengecasan 80W. Reno15 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Aurora Blue, Twilight Blue dan Aurora White.

Reno15 F 5G

Untuk model ketiga, Reno15 F 5G menampilkan skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 1,400 nit.

Menguasakan peranti adalah cip Snapdragon 6 Gen 1, bersama sokongan memori sehingga 12GB LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.

Beralih ke bahagian kamera, peranti ini hadir dengan 50MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara itu, kamera swafoto pula dilengkapi sensor 50MP.

Model ini menawarkan kapasiti bateri paling besar, iaitu 7,000mAh, dengan sokongan pengecasan 80W.

Reno15 F 5G juga ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Afterglow Pink, Twilight Blue dan Aurora Blue.

Ketiga-tiga model turut dilengkapi pensijilan Rintangan Air dan Habuk IP66, IP68 dan IP69 serta sejumlah ciri AI.

Harga dan ketersediaan

Siri OPPO Reno15 kini boleh didapati untuk pembelian melalui semua saluran rasmi dan pengedar sah OPPO Malaysia, dengan harga seperti berikut:

  • Reno15 F 5G 8/256GB – RM1,499
  • Reno15 F 5G 12/256GB – RM1,599
  • Reno15 5G 12/256GB – RM1,999
  • Reno15 5G 12/ 512GB – RM2,399
  • Reno15 Pro 5G 12/512GB – RM2,999

Sempena pelancaran ini, OPPO turut melanjutkan tawaran istimewa bagi OPPO Watch S (harga asal RM799) sehingga 16 Januari 2026, di mana pelanggan yang membeli OPPO Reno15 Pro atau OPPO Reno15 boleh memiliki OPPO Watch S terkini dengan hanya RM99.

Selain itu, pelanggan juga layak menerima hadiah percuma bagi setiap prapesan siri OPPO Reno15, termasuk Superstar Ollie edisi terhad (bernilai RM99) serta Jaminan Lanjutan 1 Tahunbernilai sehingga RM149.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress