Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Servis

OPPO Mantapkan Servis Selepas Jualan Menerusi Siri Find X9

Diterbitkan November 11, 2025 · Dikemas kini November 11, 2025 oleh ariff bukhari

OPPO telah pun melancarkan siri terbaharu Find X9 untuk pasaran Malaysia.

Selain menampilkan sebuah peranti premium, OPPO turut memperkukuh pengalaman selepas jualan untuk para pelangganya dengan memperkenalkan perkhidmatan pelanggan berfokus pengguna termasuklah One-on-One Support dan Exclusive Priority Service di pusat servis terpilih di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, serta Mexico.

01. OPPO Find X9 Series Key Visual

Melalui One-on-One Support, pengguna Find X9 boleh berhubung terus dengan “service butler” berpengalaman melebihi lima tahun untuk rundingan produk, bantuan teknikal dan penjadualan pembaikan.

OPPO menyatakan, respon pantas dijamin dalam tempoh 12 jam bekerja, dan maklumat seperti naik taraf sistem, kemas kini ciri baharu dan promosi akan dikongsi secara proaktif kepada pengguna.

OPPO Find X9

Selain itu, pusat servis OPPO kini lebih digital dan mesra pengguna dengan sistem tanpa kertas, pemberitahuan masa nyata, serta ruang menunggu yang selesa dengan minuman, kudapan, dan kemudahan tambahan.

Dengan lebih 3,300 pusat servis di lebih 70 negara, OPPO komited untuk memberikan perkhidmatan bertaraf global selaras dengan misinya — “Technology for Mankind, Kindness for the World.” – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Siri OPPO Find X9 Kini Rasmi - 200MP Telefoto, Bateri 7500mAh, Harga Bermula RM3699
  • 41 Peranti OPPO Ini Disahkan Terima ColorOS 16 Bermula November Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY