Di dunia moden serba canggih dengan teknologi IoT, rumah bukan sekadar tempat berteduh. Ia adalah ruang di mana kehidupan seharian sesebuah keluarga dipenuhi dengan aplikasi teknologi.
Jadi, sudah tentunya keselamatan dan privasi keluarga turut menjadi keutamaan.
Namun, realitinya, ancaman seperti insiden kecurian mahupun pencerobohan privasi maya boleh berlaku pada bila-bila masa.
Di sinilah Unifi hadir menawarkan perlindungan serba lengkap seisi rumah dengan memperkenalkan pakej Unifi Home Shield terbaharu, penyelesaian menyeluruh untuk rumah anda.

Unifi Home Shield
Unifi Home Shield bukan sekadar sistem keselamatan biasa, tetapi pemantau rumah serba boleh pertama di Malaysia yang menggabungkan internet berkelajuan tinggi, peranti pintar dan perlindungan siber 24/7.
Semua ini diuruskan sepenuhnya oleh Unifi, dari pemasangan profesional, sokongan teknikal, sehinggalah jaminan seumur hidup selagi langganan aktif.
Bayangkan, anda sedang bekerja di pejabat atau bercuti di luar negara, tetapi masih dapat memantau rumah secara langsung melalui aplikasi.
Anda boleh melihat anak-anak bermain, memastikan ibu bapa di rumah selamat, atau menerima amaran segera jika ada pergerakan mencurigakan.
Selain itu, anda juga boleh memastikan setiap penghantaran bungkusan selamat, walaupun anda tiada di rumah.

Jadi, memahami keperluan isi rumah moden, Unifi kini menawarkan pelan penjimatan langganan internet baharu yang disertakan bersama perlindungan untuk rumah anda.
Menerusi Pelan baharu ini, Unifi menawarkan langganan Unifi Home berkelajuan tinggi 300Mbps beserta Unifi Home Shield Essential Pack pada harga serendah RM129 sahaja.
Tawaran eksklusif ini juga lengkap dengan aplikasi Unifi Smart Home, 1x kamera AI di dalam rumah serta sokongan 7 hari bagi storan awan video.
Malah ini merupakan solusi pemantauan rumah pintar pertama di Malaysia yang menyatukan keselamatan fizikal dan siber dalam satu pakej mudah pada harga yang sangat berbaloi.

Keselamatan rumah bukan lagi pilihan, tetapi keperluan demi memastikan keselamatan keluarga lebih terjamin.
Jadi, dengan sistem pemantauan pintar serba lengkap Unifi Home Shield yang ditawar pada harga mampu milik ini, akan lebih ramai pengguna lebih yakin rumah dan orang tersayang sentiasa selamat dengan mengintegrasikan teknologi IoT ke dalam gaya hidup mereka.
Malah, pelepasan cukai kini tersedia untuk CCTV (AI Camera dan Solar Outdoor Camera). Pelanggan yang melanggan pelan Unifi Home Shield layak untuk menuntut pelepasan cukai ini.
Pembayar cukai boleh mendapat pelepasan sehingga RM2,500 bagi pembelian mesin pengisar sisa makanan (food waste grinder) dan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah.
Lindungi rumah anda daripada ancaman fizikal dan digital bermula hari ini. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran terkini Unifi Home Shield dengan layari unifi.com.my/smarthome.
*Tertakluk pada terma dan syarat
*Artikel ini dibawakan oleh TM


