Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile_featured

Rangkaian 5G Kedua U Mobile Cecah 58.2%, 2976 Tapak Dinaik Taraf

Diterbitkan November 13, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile telah menaik taraf sebanyak 2,976 tapak ke liputan 5G yang memberikan 58.2% liputan 5G di kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Oktober 2025.

Dalam jawapan bertulis di laman Parlimen, Kementerian Komunikasi memaklumkan sebanyak 11 bangunan turut dilengkapi dengan infrastruktur 5G U Mobile. Tapak-tapak berkenaan dijangka mula beroperasi secara berperingkat mengikut jadual pelaksanaan.

Sementara itu, peluasan liputan ke kawasan luar bandar akan diteruskan berdasarkan keperluan dan kesediaan infrastruktur sedia ada.

Kementerian turut menjelaskan bahawa pendekatan dwi rangkaian 5G memberi lebih banyak persaingan dalam landskap telekomunikasi, yang mendorong inovasi dan peningkatan kualiti perkhidmatan.

“Dengan adanya rangkaian 5G kedua yang dibangunkan oleh U Mobile, Malaysia dapat mempelbagaikan pilihan perkhidmatan, memastikan pengguna mempunyai akses kepada harga yang lebih kompetitif serta liputan yang lebih baik.”

Sebagai rujukan, U Mobile merancang untuk menaik taraf 6,515 tapak ke liputan 5G dalam tahun pertama ia beroperasi bermula 14 Julai 2025, dengan komitmen mencapai 95% liputan rangkaian 5G menjelang tahun ketiga.

Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan peningkatan daripada empat hala kepada enam hala bagi rangkaian teras pelbagai operator (MOCN) untuk mempercepat peluasan liputan.

Pada masa sama, MCMC turut meneliti kebolehlaksanaan penggunaan menara sedia ada di bawah Pelan JENDELA Fasa 1 bagi menyokong rangkaian 5G, yang dijangka dapat mengoptimumkan infrastruktur, mengurangkan kos dan mempercepat penyediaan perkhidmatan.

Bagi meneruskan peluasan liputan internet ke kawasan luar bandar dan pedalaman, MCMC akan melaksanakan Pelan JENDELA Fasa 2.

Langkah ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasa infrastruktur komunikasi, seperti yang digariskan dalam Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang menetapkan sasaran untuk mencapai 98% liputan 5G di kawasan berpenduduk dan perindustrian, termasuk kawasan desa, menjelang tahun 2030.

Berkaitan

  • U Mobile Lancar ULTRA5G - Kini Aktif Di Berjaya Times Square, Jambatan Pulau Pinang 1
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • U Mobile Perkenal U Home 5G Borneo - RM58/Bulan, Tiada FUP
  • U Mobile Kini Tawar Akses Borong 5G & 4G - Eastel Jadi MVNO Terawal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY