Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Diterbitkan September 12, 2025 · Dikemas kini Oktober 7, 2025 oleh Penaja

Memiliki telefon pintar hari ini sememangnya mudah. Tetapi, memiliki peranti baharu tanpa rasa terbeban itu lain pula ceritanya.

Malah dengan risiko yang tidak terduga apabila memiliki peranti baharu yang mungkin mahal untuk dibaiki menambah lagi rasa bimbang.

Sebab itulah, Maxis menawarkan kemudahan memiliki peranti baharu tanpa rasa terbeban sambil memastikan peranti anda dilindungi dan mudah dinaik taraf ke model terkini.

Dengan Maxis, tiada penalti kontrak

Anda dapat model peranti terkini yang diidamkan dengan pelan pasca bayar Maxis.

Malah, Maxis menawarkan pilihan pelan ansuran bulanan serendah mungkin mengikut kemampuan anda, atau anda boleh sahaja membayar harga pendahuluan peranti untuk nikmati lebih banyak diskaun.

Menerusi Pascabayar Maxis, anda boleh memiliki Samsung Galaxy Z Flip 7 (256GB) yang berharga RM4,999 dengan penjimatan sebanyak RM2,299.

‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
Maxis turut membolehkan anda memiliki telefon pintar terpilih pada harga RM0 tanpa penalti kontrak.
‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Malah, semua peranti yang ditawar Maxis ini tidak dikenakan penalti kontrak kepada anda, sekali gus anda bebas untuk membatalkan kontrak pada bila-bila masa dengan hanya perlu bayar baki harga peranti sahaja. 

Dengan ini, anda bukan sahaja boleh menaik taraf peranti baharu, tetapi anda juga boleh menaik taraf kad SIM fizikal anda kepada eSIM dengan Maxis. Ianya lebih mudah dan selamat untuk dipasang dan digunakan.

“Trade-In dengan Maxis”

Tahukah anda bahawa Maxis ada menawarkan program Trade-In, yang membolehkan anda menukar peranti lama anda (untuk apa sahaja model peranti lama) dengan tawaran nilai trade-in yang kompetitif untuk anda miliki model baharu.

Jadi, ini akan membolehkan anda memiliki peranti baharu dengan Maxis pada harga yang jauh lebih berbaloi untuk peranti pintar.

Anda tidak perlu bimbang tentang data yang tersimpan dalam peranti lama anda kerana proses tukar beli dibantu oleh pakar Maxis termasuk pemindahan data dari telefon lama ke baharu.

‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
Dengan Maxis, anda dapat nilai terbaik untuk peranti lama dan jadikan rebat untuk peranti baharu.

Peranti selamat dengan Maxis Device Care

Maxis menawarkan perlindungan secara percuma selama 3 bulan kepada anda untuk setiap pembelian peranti baharu.

Malah, untuk pelanggan Maxis Postpaid 139 dan ke atas, anda boleh menaik taraf ke pelan Maxis Device Care Plus secara percuma.

‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Insiden seperti kerosakan atau kecurian boleh berlaku tanpa diduga. Skrin retak akibat terjatuh, terkena air atau kehilangan peranti adalah antara cabaran yang paling merisaukan pengguna. 

Sebab itulah, Maxis menawarkan perlindungan lanjutan menerusi Maxis Device Care yang memberikan anda ketenangan minda daripada segala risiko yang tidak terjangka itu.

Sama ada peranti baharu atau peranti yang diperbaharui, Maxis Device Care menawarkan gantian 1-1 untuk peranti tersebut.

Perlindungan daripada kerosakan tidak disengajakan, skrin retak dan juga kecurian juga turut ditawarkan dengan Maxis Device Care Plus.

‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
Pelan perlindungan ini ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan.
‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Maxis turut menawarkan kelebihan lain seperti sooka Premium percuma (tawaran tempoh terhad) kepada pelanggan baharu atau sedia ada yang menaik taraf ke Maxis Postpaid 139, 169, atau 199. 

Anda boleh strim pelbagai rancangan hiburan dan sukan langsung melalui sooka Premium pada harga RM25/bln berbanding harga asal RM49.90/bln selepas tempoh tawaran tamat.

Lebih berbaloi dengan Maxis

Dengan Maxis, anda tidak sekadar membeli peranti. Anda juga boleh menikmati lebih penjimatan menerusi pelan tanpa penalti kontrak, perlindungan peranti dan kemudahan trade-in,

Maxis memastikan perjalanan memiliki telefon pintar baharu anda adalah yang paling mudah, tanpa beban dan berbaloi.

Kunjungi pusat Maxis berdekatan anda hari ini dan alami sendiri cara paling mudah miliki peranti atau layari laman web rasmi Maxis untuk info lanjut.

Berkaitan

  • Maxis Tawar Servis Langganan Solar, Eksklusif Untuk Pelanggannya Sahaja
  • Nokia Perkasakan Pusat Data Maxis Dengan Teknologi Terkini
  • Maxis Tawar 6 Bulan Akses Percuma sooka Premium Untuk Pelanggan Postpaid 139 Ke Atas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY