Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile U Home 5G Borneo_1

U Mobile Perkenal U Home 5G Borneo – RM58/Bulan, Tiada FUP

Diterbitkan Oktober 13, 2025 · Dikemas kini Oktober 13, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile kini memperluas rangkaian jalur lebar dengan memperkenalkan U Home 5G Borneo, pelan yang direka khusus untuk pengguna di Malaysia Timur.

Melalui U Home 5G Borneo, pengguna di Sabah, Sarawak dan Labuan boleh menikmati data tanpa had sepenuhnya tanpa sebarang Polisi Penggunaan Saksama (FUP), dengan kelajuan yang dikatakan setanding rangkaian gentian optik.

Ditawarkan pada harga promosi RM58 sebulan, pengguna boleh memilih pelan SIM sahaja tanpa kontrak, atau menambah pilihan router 5G secara percuma dengan kontrak 24 bulan.

U Home 5G Borneo_2

Terdapat juga pilihan naik taraf kepada U Home 5G Borneo x sooka Premium pada RM88 sebulan, atau gabungan bersama Samsung Smart TV bermula daripada RM64 sebulan melalui pelan U PayLater.

Seperti dinyatakan, U Home 5G Borneo hanya ditawarkan untuk pengguna di Malaysia Timur. Langganan boleh dibuat di cawangan U Mobile, pengedar sah di kawasan terlibat, atau secara dalam talian melalui eShop U Mobile dan aplikasi MyUMobile.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman rasmi U Mobile.

Berkaitan

  • U Mobile Tawar U Biz Bundles, Pakej Digital Lengkap Untuk PKS Malaysia
  • U Mobile Lancar ULTRA5G - Kini Aktif Di Berjaya Times Square, Jambatan Pulau Pinang 1
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Huawei Jadi Rakan Teknologi Utama U Mobile Percepat Inovasi 5G-A Dan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY