Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ULTRA5G U MOBILE 5G NEXT GEN_BM

U Mobile Lancar ULTRA5G – Kini Aktif Di Berjaya Times Square, Jambatan Pulau Pinang 1

Diterbitkan Ogos 18, 2025 · Dikemas kini Ogos 18, 2025 oleh Amalina Athman

Syarikat telekomunikasi U Mobile kini melancarkan ULTRA5G, jenama baharu untuk rangkaian 5G generasi baharunya.

Bermula di pusat beli-belah Berjaya Times Square (BTS), pengguna U Mobile akan melihat penanda rangkaian “ULTRA5G” pada peranti masing-masing, hasil pemasangan In-Building Coverage (IBC) oleh syarikat itu.

Selain BTS, liputan rangkaian 5G U Mobile turut tersedia di Jambatan Pulau Pinang 1, yang meliputi keseluruhan jambatan hanya dengan dua menara.

“U Mobile berbangga melancarkan ULTRA5G, jenama baharu bagi pengalaman 5G kami yang disokong oleh rangkaian generasi baharu kami…ULTRA5G membawa pengalaman digital yang dipertingkatkan, daripada penstriman ultra-boleh dipercayai dan permainan imersif hingga panggilan video berkualiti tinggi di kawasan sesak. Bagi perusahaan, ULTRA5G membuka peluang untuk kes penggunaan maju seperti XR, robotik, bandar pintar, dan automasi IR 4.0. Dengan pelaksanaan yang lebih awal daripada jadual, U Mobile juga menumpukan usaha tambahan pada liputan dalam bangunan..” kata Ketua Pegawai Teknologi U Mobile Woon Ooi Yuen.

Pelancaran ini menandakan bermulanya pelaksanaan rangkaian 5G generasi baharu U Mobile dengan sasaran mencapai 80% liputan kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua tahun 2026.

Menurut U Mobile, syarikat itu akan memberikan kemas kini berkala mengenai ketersediaan ULTRA5G, dengan pelaksanaan segera dijangka merangkumi lokasi strategik seperti lapangan terbang, hospital, pusat konvensyen serta kawasan-kawasan utama di seluruh negara.

Berkaitan

  • U Mobile Dapat 'Lampu Hijau' MCMC, Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • U Mobile Akan Guna Gentian TM Untuk Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • U Mobile Pilih OCK Untuk Pelaksanaan Infrastruktur 5G Dalam Bangunan
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY