Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile_featured

U Mobile Kini Tawar Akses Borong 5G & 4G – Eastel Jadi MVNO Terawal

Diterbitkan Oktober 13, 2025 · Dikemas kini Oktober 13, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile kini mengumumkan perjanjian akses borong 5G dan 4G pertama bersama Eastel, penyedia rangkaian maya mudah alih (MVNO) di bawah Anchor Communications.

Melalui perjanjian selama lima tahun ini, Eastel akan menggunakan infrastruktur rangkaian 5G dan 4G U Mobile bagi perkhidmatan data, suara dan SMS.

Selain itu, U Mobile juga akan menyediakan sokongan bagi perkhidmatan panggilan antarabangsa (IDD), perayauan dan pemindahan nombor mudah alih (MNP).

U Mobile Kini Tawar Akses Borong 5G & 4G – Eastel Jadi MVNO Terawal

Kenneth Chang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, berkata kerjasama ini menandakan permulaan kepada lebih banyak perjanjian akses borong 5G yang akan diumumkan tidak lama lagi, seiring peluasan rangkaian 5G U Mobile yang dijangka mencapai 80% di kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua tahun depan.

Bagi pihak Eastel, Pengarah Eksekutif Anchor Communications, Aaron Lee, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu peluang untuk melancarkan MVNO baharu yang menyokong komuniti gig dan kreatif tempatan.

Eastel dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2026 dan bakal menawarkan perkhidmatan mudah alih yang disesuaikan mengikut segmen pasaran tertentu.

Berkaitan

  • U Mobile Akan Guna Gentian TM Untuk Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • U Mobile Lancar ULTRA5G - Kini Aktif Di Berjaya Times Square, Jambatan Pulau Pinang 1
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • U Mobile Perkenal U Home 5G Borneo - RM58/Bulan, Tiada FUP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY