Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mosquito drone regenerate

Penyelidik China Bangunkan Dron Sekecil Nyamuk

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 26, 2025 oleh Amalina Athman

Sebuah makmal robotik di Universiti Teknologi Pertahanan Nasional (NUDT) di wilayah Hunan, China, berjaya membangunkan dron bersaiz nyamuk yang dilaporkan direka khas untuk operasi ketenteraan.

Peranti kecil itu mula mencuri perhatian ramai selepas ia muncul dalam siaran saluran rasmi ketenteraan China, CCTV 7. Dalam laporan itu, penyelidik NUDT mempamerkan pelbagai ciptaan, daripada robot berbentuk manusia hinggalah dron mikro yang hampir tidak kelihatan dengan mata kasar.

“Ini yang kelihatan seperti nyamuk ini juga sebenarnya sejenis robot. Robot mikro bionik seperti ini amat sesuai digunakan untuk peninjauan maklumat dan tugas-tugas khas di medan perang,” kata Liang Hexiang, pelajar NUDT, sambil menunjukkan dron kecil itu.

Dron bersaiz nyamuk ini dibangunkan khusus untuk tujuan peninjauan maklumat, atau dalam erti kata lain, ia adalah sejenis dron risikan.

Ia dilengkapi dua sayap kecil berbentuk daun di bahagian sisi badan, selain tiga ‘kaki’ sehalus helaian rambut yang dipercayai berfungsi untuk mendarat.

Penyelidik China Bangunkan Dron Sekecil Nyamuk

Laporan sama turut memaparkan satu lagi prototaip dengan rekaan berbeza yang dilengkapi empat sayap. Dua sayap dipasang di setiap sisi badan dan ia boleh dikawal menggunakan telefon pintar.

Setakat ini, tidak banyak maklumat terperinci mengenai perkakasan yang ada pada dron ini atau jenis data yang mampu dikumpulnya. Namun, dapat dijangkakan saiz perkakasannya sangat kecil dan keupayaannya juga mungkin agak terhad.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia, Bersaiz Sebutir Pasir
  • Pencemaran Cahaya Ancam Pembiakan Kelip-Kelip - Kajian
  • Cermin Mata Ini Jadi ‘Mata’ Tambahan Untuk Orang Buta — Bantu Kenal Pasti Halangan Di Depan

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY