Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
30 Bateri EV BMW Terpakai Kini Kuasakan Perkampungan Orang Asli Di Pahang

30 Bateri EV BMW Terpakai Kini Kuasakan Perkampungan Orang Asli Di Pahang

Diterbitkan November 17, 2026 ยท Dikemas kini November 17, 2026 oleh ariff bukhari

Bateri kenderaan elektrik (EV) terpakai daripada model EV BMW kini diberi peluang kedua apabila diguna semula bagi membekalkan tenaga elektrik 24 jam kepada lebih 20 buah rumah di Kampung Saweh, Pos Sinderut, Pahang yang terletak jauh di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia.

Menerusi konsep teknologi Penyelesaian Penyimpanan Tenaga Bateri Hayat Kedua ini, BMW Group Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) telah membangunkan sistem penyimpanan tenaga solar menggunakan 30 modul bateri EV BMW yang diguna semula.

Kejayaan pelaksanaan dunia sebenar yang kedua ini turut diangkat ke pentas antarabangsa pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2026 (COP31) di Antalya, Turkiye.

30 Bateri EV BMW Terpakai Kini Kuasakan Perkampungan Orang Asli Di Pahang
Dikuasakan oleh panel solar fotovoltaik dan disokong oleh bateri kenderaan elektrik (EV) terpakai BMW yang digunakan semula, sistem inovatif ini menyimpan tenaga boleh baharu dan menyediakan kuasa elektrik untuk mengecas peranti mudah alih mahupun menguasakan televisyen.
30 Bateri EV BMW Terpakai Kini Kuasakan Perkampungan Orang Asli Di Pahang
30 Bateri EV BMW Terpakai Kini Kuasakan Perkampungan Orang Asli Di Pahang
30 Bateri EV BMW Terpakai Kini Kuasakan Perkampungan Orang Asli Di Pahang

Inisiatif di bawah projek penyelidikan RE:GENERATE x Universiti Malaya ini membolehkan komuniti Orang Asli suku Semai di kampung itu menikmati bekalan elektrik berterusan, sekali gus tidak lagi bergantung kepada janakuasa diesel yang sebelum ini hanya mampu beroperasi beberapa jam sahaja setiap malam.

Kerjasama antara BMW dan UM ini merangkumi penyelidikan dan pembangunan kes penggunaan teknikal bagi bateri hayat kedua, perkongsian pengetahuan serta peningkatan kapasiti antara pakar teknikal BMW Group Malaysia dengan fakulti dan pelajar UM, di samping peluang untuk inisiatif penglibatan awam secara bersama.

BMW menyatakan, Kampung Saweh menjadi contoh nyata tentang bagaimana inovasi daripada sektor Mobiliti Masa Depan mampu menyokong komuniti luar bandar serta komuniti yang terkesan.

Berkaitan

  • BMW Dan UM Teroka Potensi Bateri EV Terpakai Untuk Simpanan Tenaga
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • ASUS TUF Gaming T700TL Kini Di Malaysia, Harga RM9,999
  • Akui Kemarahan Awam, Altman Cadang Lokasi Pusat Data Lebih Jauh Dari Komuniti
  • Masalah Teknikal Jejaskan Transaksi Perbankan Dalam Talian Di AS
  • Navigasi TuJu Dipautkan Terus Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi - Ahmad Maslan
  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
©2026 WISER.MY