Kalau di era zaman sekolah dahulu, papan hitam merupakan medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.
Papan hitam diguna untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar tetapi secara statik tanpa elemen interaktif dan visual serta animasi yang menarik.
Selepas era papan hitam, ia digantikan pula dengan era zaman papan putih yang menggunakan pen marker di kebanyakan institusi pendidikan di dalam negara.
Papan putih yang menggantikan papan hitam masih berdepan isu yang sama iaitu penyampaian maklumat secara statik dan tidak menarik.
Ia tidak memenuhi keperluan zaman kini di mana alat yang lebih berkesan untuk pembelajaran di sekolah diperlukan untuk mempercepatkan proses penyampaian maklumat.
Sebab itulah JOI®, jenama teknologi terkemuka yang memberi tumpuan kepada pembangunan peranti inovatif untuk keperluan pendidikan dan profesional bekerjasama rapat bersama peneraju industri seperti Intel.
JOI® mengintegrasikan cip pemprosesan terkini Intel ke dalam perantinya untuk penyelesaian pendidikan moden, membolehkan JOI® menyediakan alat yang menyokong pembelajaran digital dan produktiviti yang lebih efisien menerusi penyelesaian pintarnya.
JOI® Smart Classroom
JOI® hadir dengan penyelesaian JOI® Smart Classroom yang memanfaatkan teknologi terkini Intel® Core™ menerusi peranti pintar utama yang sekali gus membentuk satu ekosistem mutlak yang terbaik untuk pembelajaran.
JOI® Smart Classroom adalah satu ekosistem yang melibatkan penggunaan peranti utama iaitu JOI® Smartboard, JOI® Smart Sense dan JOI® Devices.
JOI® Smartboard merupakan papan pintar canggih dan berkuasa yang menyokong sehingga 20 titik sentuhan serentak. Keupayaan ini membolehkan pelbagai pengguna menulis pada papan pada masa yang sama.
Malah ia juga dilengkapi kamera dan mikrofon terbina, menjadikannya sesuai untuk persidangan video, pembentangan, atau sesi pembelajaran interaktif.
Tambahan pula, papan pintar ini menyokong kerjasama pasukan dengan ciri paparan skrin terbahagi kepada empat bahagian, membolehkan pengguna memaparkan dan berkongsi kandungan daripada empat peranti secara serentak.
Sekali gus menjadikannya sebagai platform yang ideal untuk pelbagai tugasan mesyuarat, bilik darjah, dan persekitaran kerja kolaboratif.
Peranti kedua yang penting dalam ekosistem pintar ini adalah JOI® Smart Sense, papan digital berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan Kecerdasan Buatan (AI) yang berupaya menganalisa status pelajar seperti suhu badan tanpa sentuhan.
JOI® Smart Sense yang dikuasakan pemproses Intel® Core™i7 dapat membantu dalam kelas seperti pengurusan masa dan automasi tugas yang membantu pelajar dan guru mengurus jadual harian kelas dengan lebih sistematik.
JOI® Modern Devices pula meliputi peranti mudah alih seperti komputer riba JOI® classmate 10 dan JOI® Book 5115 yang melengkapkan ekosistem pembelajaran digital di dalam kelas.
Sebagai peranti berprestasi, ia menyokong pembelajaran interaktif, kolaboratif, dan fleksibel, menjadikan sesi pembelajaran lebih dinamik dan membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan.
JOI® Virtual Lab Solution
Melengkapkan ekosistem pintar ini adalah JOI® Virtual Lab Solution menerusi PC berkuasa yang dipacu Intel® berkuasa dengan kemampuan menyokong sehingga 4 pengguna serentak menerusi 1 PC sahaja.
Jangan memandang enteng terhadap saiznya yang kecil, JOI® Virtual Lab Solution adalah PC berkuasa dengan Intel NUC yang menawarkan penyelesaian kepada kebimbangan saiz, kos dan sokongan di dalam kelas mahupun makmal komputer.
Penyediaan yang mudah dan ringkas, ruang bersaiz bilik darjah sudah mencukupi untuk dijadikan makmal komputer yang mampu menampung berpuluh pelajar dalam sebuah bilik bersaiz sederhana.
JOI® Virtual Lab Solution secara langsung menjanjikan penjimatan kos dan memudahkan organisasi beralih kepada pembelajaran digital sepenuhnya.
JOI® Memodenkan Bilik Darjah
Apa yang dapat disimpulkan adalah pendidikan di era moden ini sememangnya jauh berbeza dengan era terdahulu.
Tidak dinafikan, papan hitam dan putih memang memainkan peranan penting dalam pendidikan di masa lalu kerana ia adalah asasnya.
Tetapi institusi perlu bergerak seriring dengan teknologi dalam mengejar dan memenuhi keperluan pelajar di era moden ini.
JOI® Smart Classroom dan JOI® Virtual Lab Solution secara keseluruhan memodenkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menggabungkan teknologi canggih untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran di dalam bilik darjah menerusi ekosistem pintar pada kos yang efektif.
Menerusi JOI dan kepakaran Intel sebagai pemain utama industri teknologi, memperkenalkan penyelesaian inovatif yang dapat memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran di era digital.
Memperkenalkan teknologi yang lebih moden, guru dan pelajar dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih fleksibel dan dinamik, sekaligus meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui inovasi teknologi JOI dan Intel.
Ketahui lebih lanjut tentang JOI® Smart Classroom dan JOI® Virtual Lab Solution di pautan ini di mana pakar jualan JOI® akan membantu anda menawarkan penyelesaian yang bersesuaian dengan keperluan organisasi anda.
- Laman rasmi JOI – https://www.joi.com.my/
- JOI Smart Classroom – https://www.intel.com/content/www/us/en/partner/showcase/offering/a5b3b0000004d36AAA/joi-smart-classroom.html
- JOI Smartboard – https://www.joi.com.my/JOISmartboard
- JOI Smart Sense – https://www.joi.com.my/Joi-Smart-Sense
- Hubungi kami untuk demonstrasi – https://bit.ly/JOISmartClassroom_VirtualLabSolution_Enquiries
- Daftar minat anda – https://forms.office.com/r/PQsV5ffRES
*Artikel ini dibawakan oleh JOI Malaysia