Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akui Kemarahan Awam, Altman Cadang Lokasi Pusat Data Lebih Jauh Dari Komuniti

Akui Kemarahan Awam, Altman Cadang Lokasi Pusat Data Lebih Jauh Dari Komuniti

Diterbitkan November 17, 2026 ยท Dikemas kini November 17, 2026 oleh ariff bukhari

Pendekatan promosi Silicon Valley kepada dunia mengenai kecerdasan buatan (AI) telah tersasar, kata Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman pada Isnin, hampir dua minggu selepas pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) memberi tamparan hebat kepada cita-cita pusat data industri berkenaan.

 

“Saya berpendapat pusat data tetap akan dibina, namun jelas cara ia beroperasi, dibina, serta libat urus dengan komuniti pada masa ini tidak berkesan untuk orang ramai,” kata Altman pada satu persidangan teknologi di Menlo Park, California. “Ekosistem ini akan menyesuaikan diri.”

Beliau berpandangan masih terdapat banyak ruang untuk pembinaan sedemikian di Amerika Syarikat.

“Saya secara peribadi amat memahami keengganan sesebuah komuniti untuk mempunyai pusat data di kawasan mereka,” katanya, namun menambah bahawa “kita mempunyai negara yang sangat luas. Kita ada banyak ruang.”

Beliau membuat kenyataan itu pada sidang kemuncak sulung Silicon Valley and the World, anjuran saluran media AS, Semafor, yang berlangsung tidak jauh dari Sand Hill Road, lokasi terletaknya pejabat kebanyakan firma modal teroka paling berpengaruh di rantau tersebut.

Dalam pilihan raya pertengahan penggal lalu, pengundi di seluruh Amerika Syarikat meluluskan kira-kira 40 langkah baharu yang menyekat atau mengharamkan pembangunan pusat data baharu.

Dan Ives, penganalisis industri teknologi berpengalaman yang terkenal dengan pandangan optimisnya terhadap sektor itu, kini menganggarkan bahawa 10 peratus daripada 800 hingga 1,000 pusat data baharu yang dirancang di Amerika Syarikat “tidak akan menjadi kenyataan.”

Keputusan pilihan raya berkenaan telah memaksa industri teknologi memikirkan semula strategi perhubungan awam mereka.

 

“Saya rasa pusat data mudah dijadikan sasaran kerana ia merupakan manifestasi fizikal yang besar bagi perkara yang lebih luas ini,” ujar Altman.

Sekiranya tukaran bagi usaha menyembuhkan kanser dan menghasilkan produk yang lebih murah adalah “anda akan kehilangan segala kuasa, kawalan dan suara pada masa hadapan,” ia merupakan “satu tawaran jualan yang sangat teruk,” tambahnya. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Samsung Lancar SSD Mudah Alih Baharu Di Malaysia, Harga Dari RM1,170 Hingga RM9,300
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 30 Bateri EV BMW Terpakai Kini Kuasakan Perkampungan Orang Asli Di Pahang
  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • ASUS TUF Gaming T700TL Kini Di Malaysia, Harga RM9,999
  • Masalah Teknikal Jejaskan Transaksi Perbankan Dalam Talian Di AS
  • Navigasi TuJu Dipautkan Terus Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi - Ahmad Maslan
  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
©2026 WISER.MY