Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia, Bersaiz Sebutir Pasir

Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia, Bersaiz Sebutir Pasir

Diterbitkan Jun 16, 2025 · Dikemas kini Jun 16, 2025 oleh ariff bukhari

Sensor kamera bersaiz mikro telah pun diiktiraf sebagai kamera yang terkecil di dunia. Malah ia telah nobatkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2019 dahulu sebagai sensor kamera paling kecil di dunia yang pernah dikomersialkan.

Dikenali sebagai OmniVision OV6948, sensor kamera ini hanya berukuran 0.575 x 0.575 x 0.232mm, sekali gus ia adalah lebih kecil daripada sebutir pasir.

Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia, Bersaiz Sebutir Pasir
OmniVision OV6948dihasilkan oleh syarikat OMNIVISION Technologies, Inc yang berpangkalan di California.

Walaupun hanya menghasilkan imej beresolusi sehingga 1MP, sensor kamera ini direka khas untuk prosedur perubatan yang memerlukan saiz ultra kecil.

Ia dibangunkan untuk endoskop dan kateter perubatan dengan diameter luar kecil yang membolehkan pakar bedah melihat kawasan yang sukar dicapai seperti memasuki salur darah halus dalam badan manusia tanpa perlu bergantung pada sistem fiber optik lama yang lebih kabur.

Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia, Bersaiz Sebutir Pasir
Oleh kerana penggunaan tenaganya yang rendah, haba yang dihasilkan di hujung distal endoskop adalah sangat sedikit, memberikan keselesaan kepada pesakit ketika sedang dirawat dan juga membolehkan prosedur dijalankan dengan jangka masa yang lebih panjang.

OmniVision OV6948 dibangunkan pada tahun 2017 dahulu di mana ia adalah sensor kamera analog dengan keupayaan merakam video pada 30fps, mempunyai sudut pandang 120° dan mampu memaparkan kedalaman dari 3mm hingga 30mm dan boleh menghantar isyarat analog sejauh 4 meter dengan gangguan yang sangat minimum.

Teknologi sensor kamera ini telah dipertingkatkan OmniVision pada tahun 2020 hasil kerjasama dengan syarikat teknologi imej, Almalence Inc.

Algoritma dibangunkan syarikat itu telah membolehkan gambar berkualiti tinggi dihasilkan walaupun saiz sensor kamera adalah kecil, di mana ia membina semula butiran yang tidak dapat dilihat secara fizikal oleh sensor biasa.

Malah teknologi ini sudah mula digunakan dalam kamera telefon pintar.

Menurut Eugene Panich, CEO Almalence Inc., majoriti telefon pintar flagship hari ini menggunakan algoritma SuperResolution milik mereka.

Pada tahun 2021, OmniVision telah memecahkan rekod dunia mereka sendiri selepas melancarkan sensor kamera terkecil di dunia yang dikenali sebagai OHOTA yang hanya bersaiz 0.550 x0.550mm.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Anker Tarik Balik 1.15 Juta 'Powerbank' Ekoran Risiko Terbakar Di AS
  • Huawei & SMIC Dalam Senarai Hitam Taiwan – Akses Cip Canggih Disekat

Sumber: OMNIVISION

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY